Ingin.
Aku nak mengingin. Ingin sesuatu yang pasti. Tp bila dah jadi pasti,tiba tiba tak pasti pulak. Bila dah ada sesuatu yang mungkin pasti,muncul sesuatu yang lebih pasti. Tapi untuk menjadikan benda tu teramat pasti,aku kena memastikan super duper bahawa benda tu betul.
Tunggu.
Aku dah lama menunggu. Bila aku dah dapat apa aku tunggu,aku tunggu dia tunggu aku. Tapi kadang kadang aku menunggu benda yang tak nak pon di tunggu. Kadang kadang aku rimas dan lemas ditunggu orang yang aku tak mahu tunggu. Tapi aku suka menunggu. Sebab aku tau dia akan datang pada yang tunggu.
Sepi.
Sepi disaat aku berfikir. Yang aku ini sebenarnya sepi pada hati. Kadang kadang kawan hanya kawan. Kekasih hanya menganggap aku kawan atau kawan itu aku anggap kekasih. tepuk sebelah tangan. kawan yang kawan baik lain dari kawan biasa. Tapi kadang kadang dari kawan yang berlainan otaknya,aku masih boleh sepi. Duduk depan mereka, tapi fikiran melayang ntah ke mana. Minta diisi imaginasi.
Cinta
Orang bodoh saja xnak bercinta. Indah. Kepalsuan. Ambil berat. Kesatuan. Tapi cinta sejati? Tunggu saja dia datang. Mungkin dia ada,kat luar sana. kalau dah tak cinta,mulalah guna alasan logik. Ya,aku tau jodoh setiap orang dah ditetapkan. Habis,tak salah kalau kita cuba kan. Tak salah kalau kita cari. Atau,percaya.?
Cemburu
Aku cemburu pada semua orang. Kerana aku rasa otak aku kadang kadang berfikir terlau berat. Sehingga mengeluarkan mono mono dan sajak2 hampa. haha. cemburu orang kaya. Cemburu dia kawin. Cemburu kat orang yang pernah mengaku "IM UR NO 1 FAN FOREVER",lepas tu hilang kerana berkahwin dengan bekas kekasihnya dgn alasan i ada tanggungjawab kat dia. Sbb dia,aku tak percaya cinta. Soulmate yang xsoulmate. Kalau tak kasih,cakap saja. Jangan bagi aku menunggu.
fuh. dalam seminit macam macam emosi yang boleh timbul,kan? ironinya,aku masih xmenjadi gila.
btw,anjing di kawasan tesco cheras amat prihatin.
trimass kepada orang yang memberi aku harapan untuk hidup. dan meneruskan hidup yang busuk ini. trimas.
oh ini ke buat kerjanye?
ReplyDeletetanpa semua tu tak mungkin lu jadi lu yang sekarang...
ReplyDelete