Lepas dari balek shisha tadi, aku balek rumah. disebabkan management rumah yg meletakkan harga sebuah parking rm 16000, dan kepenuhan 3 parking rumah ni dgn kereta-kereta yang harganya berganda-ganda dr kancil turbo aku yang dipecah berkali-kali dan dicuri penutup anginnya yang xlogik dek akal yang waras, aku dipaksa naik bukit dgn memarking kereta di depan 7e. Mula -mula aku dikacau group anjing pertama; abg burger yang kedainya bagai xreti2 bahasa ditubuhkan secara haram di depan 7e tersebut. * maaf kalau terbaca*. anjing ini sangat xreti bahasa, kerana kalau kita cakap tak nak atau jangan kacau, masih tetap kacau. tapi selamat kerana sifat kemanusiaan dan enggan digelar anjing, aku buat buat senyum malu dan bla.
anjing kedua adalah orang yang menaiki motor dan cuba untuk berhanti di sebelah aku sewaktu memulakan pendakian bukit itu. dengan berbekalkan satu beg laptop yang berat,dan satu beg galas dan berbaju dress,aku tidak terdaya untuk menunduk dan melemparkan selipar kepada mereka. kini aku bersyukur aku tidak membaling selipar kerana kalau aku baling,aku xdpt menghadapi anjing ketiga.
anjing ketiga adalah anjing betul atau dalam bahasa Inggerisnya,"DOG". Berkaki 4,anjing ni xboleh dipegang org Islam. Anjing ni berwarna hitam dan amat besar saiznya dibandingkan dengan chi hua hua. atau shepard. atau poodle. kacukkan nya tidak jelas dan mungkin boleh sahaja digelar anjing kampung. sebelum sempat berfikir jenis anjing ni,kami bertentangan mata. kedua-duanya berfikir tentang siapa yang patut lari dahulu. akhirnya aku mengalah kerana,aku yang dikejar. dengan memakai dress,berbeg laptop,beg galas dan selipar yang hampir2 dilempar,aku berlari sekuat hari menaiki bukit. dalam 20 saat berlari,aku berhenti dan seakan-akan hero,cuba membuat gibrish atau lolongan maut menggunakan deep voice hasil ajaran Abg Rosman di aswara. tetapi anjing ini agaknya sedikit pekak,terus mengejar. aku akur dan selepas sampai di hadapan guard aku terasa kepenatan yang amat terok. anjing btol la anjing ni. patot la nama dia anjing.
agaknya,anjing yang last tu cuma nak tolong aku angkat barang kot.
selepas sampai di rumah,terdetik juga,mungkin dia kejar aku sebab aku berbau char kue tiow.
tapi aku lagi suka dikejar anjing tulen dari anjeng anjeng yang memenuhi segenap malaysia ni.
woof woof.
padan muka...
ReplyDeleteawek rupenye..
ReplyDeletemana ada..
ReplyDeletetipu je...
hahaha. aik? :D
ReplyDelete