macaroni
satu benda asing yang aku xpernah masak
satu makanan yang aku jarang makan
satu dosa untuk cakap tak pernah rasa
tapi itu aku.
hanya aku dan macaroni saja yang tau.
namun macaroni ini
adalah hasil usahaku
kerna aku tau macaroni ini bermakna
walaupun aku tak tau macamana rasa ideal macaroni goreng
aku cuba mendekatinya
menambah cili boh yang ku kira menambah nikmat
sedikit sos tiram yang kujumpa dalam peti sejuk
ku tambah garam bagi menambah pengalamannya
ku sulam dengan kemanisan gula yang tinggal kerak-kerak di rak
ku rendamkan daging cincang yang bagiku, seakan hati aku yang rapuh.
sunyi.
macaroni itu merenung aku.
aku rasa macaroni tu berulang kali,
tapi aku xpasti.
adakah ini macaroni ideal?
seperti kurang garam tapi garam sudah habis.
patutkah aku letak kicap?
tapi kicap jalen itu lebih menakutkan.
biar tawar tapi jangan masin.
itu fikirku.
macaroni.
aku berjaya masak macaroni.
walaupun ia xsempurna,
tapi aku tau macaroni ini
memberi seribu macam refleksi pada hidupku.
aku sedar yang aku xmengerti macaroni.
sama seperti macaroni tak mengerti aku.
kerana pada akhirnya,
seluruh hidupku,
aku tak pernah belajar mengerti apa itu macaroni.
macaroni,
akan ku dekati kau sekali lagi,
bila hati ini sudah yakin,
bila mulut sudah biasa,
dengan kenikmatanmu,
macaroni.
No comments:
Post a Comment