Saturday, May 18, 2013

rindu nak bercinta..

kau milik aku
kau tak boleh tengok dia
kau milik aku
kau jangan senyum pada dia
kau milik aku
kau jangan pegang tangan dia
kau milik aku
kau jangan cium dia
kau milik aku
kau jangan peluk dia
kau milik aku
kau jangan..

aku milik kau
kau tak tengok aku
aku milik kau
tapi kau marah aku
aku milik kau
tapi aku menangis tak dipujuk
aku milik kau
tapi aku tersiksa
aku milik kau
tapi kau biarkan aku pergi
aku milik kau
tapi aku tak berhak bersuara
aku milik..

suka atau tak suka
cinta tu buta
suka atau tak suka
orang pandang paras rupa
suka atau tak suka
pompuan mostly kejar harta
suka atau tak suka
lelaki dilahirkan dengan ego
suka atau tak suka
bercinta itu sakit
suka atau tak suka
tak ada sesiapa lagi sakit dari bercinta.

jadi sebab itu
aku tunggu kau
kerana aku tau
bila sampainya majlis akad nikah itu
dengan takdir tuhan
yang semuanya terletak pada dia
aku akan menangis
sebab aku berjaya dan menang
dalam hidup yang selama ini; hanya ada mungkin.

antara burger daging dan burger ayam.

aku pilih daging. the end.

Saturday, May 11, 2013

bersiap ke piknik

piknik.piknik.
piknik tepi tasik.
piknik yang panic.
panic sebab panas.
panas sebab cuaca.
cuaca yang panas.
panas yang memanickan.
panic ketika piknik.
piknik.

makaroni goreng merah

macaroni
satu benda asing yang aku xpernah masak
satu makanan yang aku jarang makan
satu dosa untuk cakap tak pernah rasa
tapi itu aku.
hanya aku dan macaroni saja yang tau.

namun macaroni ini
adalah hasil usahaku
kerna aku tau macaroni ini bermakna
walaupun aku tak tau macamana rasa ideal macaroni goreng
aku cuba mendekatinya
menambah cili boh yang ku kira menambah nikmat
sedikit sos tiram yang kujumpa dalam peti sejuk
ku tambah garam bagi menambah pengalamannya
ku sulam dengan kemanisan gula yang tinggal kerak-kerak di rak
ku rendamkan daging cincang yang bagiku, seakan hati aku yang rapuh.
sunyi.
macaroni itu merenung aku.
aku rasa macaroni tu berulang kali,
tapi aku xpasti.
adakah ini macaroni ideal?
seperti kurang garam tapi garam sudah habis.
patutkah aku letak kicap?
tapi kicap jalen itu lebih menakutkan.
biar tawar tapi jangan masin.
itu fikirku.

macaroni.
aku berjaya masak macaroni.
walaupun ia xsempurna,
tapi aku tau macaroni ini
memberi seribu macam refleksi pada hidupku.
aku sedar yang aku xmengerti macaroni.
sama seperti macaroni tak mengerti aku.
kerana pada akhirnya,
seluruh hidupku,
aku tak pernah belajar mengerti apa itu macaroni.

macaroni,
akan ku dekati kau sekali lagi,
bila hati ini sudah yakin,
bila mulut sudah biasa,
dengan kenikmatanmu,
macaroni.

Friday, May 10, 2013

mensurirumahkan diri sendiri di tengahari sabtu.

Pagi ni, aku duduk sorang kat rumah. ayah ngan mama pergi Melaka untuk kerja. well, dengan bekalan mee hoon goring mama masak ntah pukul bape, yg tiba-tiba dinotify kepada aku melalui smsnya "Iqa, mee hoon goring bawah tudung saji. Boleh bawak bekal". Macam tau tau je harini aku plan nak g piknik. Tapi da plan nk cuba masak macaroni smlm, aiseh, ade dua menu la jadinya nanti. Makaroni aku xpernah cuba masak, begitu juga ngan adik-beradik mee yang lain. Nasik da qatam masak dah. Jadi, Aku dengan perasan happynye menjenguk ke dalam tudung saji walaupun mata masih sepet macam orang jepun. Oh my.. satu periuk Nasik penuh dengan mee hoon. ni nak bagi satu kampong makan ke ape ni, kataku spontan. eceh.

Satu benda kene tau, depan bilik aku officially jadi swimming pool aka toilet si kucing. Setiap pagi tanpa segan silu dierang akan bagi hadiah. Kalau nasib xbaik, kaki ni senang aje pijak swimming pool ni. Kalau naib baik, ala ala mission impossible la nk melangkah swimming pool yang besar tu. so, dari situ tercetusnya satu pemikiran logic di pagi sabtu, aku nak training jadi surirumah harini.

Wohoo. First thing first, pemilihan baju. Kalau ikut surirumah kena pakai kain batik. Tapi aku pakai kain  batik asyik terlucut dalam masa 10 minit, jadi aku pakai dress. Bahaha. Style gak, ni dah kira suburban mom dah ni. Ketawa sorang sorang di pagi sabtu, aku mula rasa macam aku dah ke arah psycho sikit. Ok, baju, checked. Bahan nak masak macaroni dah settle smlm. Tinggal siapkan mop lantai ngn sabun dia. Ade pulak sabun lantai bau serai kat rumah ni. Bangga aku dengan ketradisionalan ayah aku yang merupakan surirumah sepenuh masa lepas dia bersara haritu.

Step pertama, bukak kipas bagi cepat kering. Step kedua, angkat semua kucing yang tengah menidurkan diri mereka di atas lantai. 10 ekor kesemuanya. campak di mana-mana macam atas sofa dan meja. Setiap ketiga buat gaya kakak-kakak sambil bukak tv channel starworld. Step keempat, mengemop. Step kelima, basuh balik mop. Step keenam, mop second time. Step ketujuh, basuh balik mop. Step ke lapan, duduk jap tengok tv. Step ke Sembilan, amik comforter, sumbat dalam mesin basuh. haish. banyak tul kne buat. sebab tu la peluang untuk mensurirumahkan diri agak tipis kebelakangan ni. Bukan ape, tengok ah bape banyak step aku kne buat.

Skang ni, hanya step ketiga yang sempat sebab tengah amik mood nk ke step yang lain. Xsabar nak berpiknik, jangan hujan sudahlah. Kang piknik atas katil lagi jawapnye. Im so gonna be a good mother someday. haha.

Wednesday, May 1, 2013

Bertungkus-lumus

Exam. Exam Exam. non stop exam. exam teori aku xkesah sbb aku bole hafal teori. exam practical yg sakit. groupwork. designs. macam macam. Hari buruh memang kena dengan keadaan kami yang tak ubah macam buruh indon. haiyo.