Tuesday, September 7, 2010

sajak "Aku"

Maksud aku dalam aku

Aku senyum tak bermakna aku gembira
Aku menangis tak bermakna aku sedih
Aku diam tak bermakna aku lemah
Aku benci tak bermakna aku sayang.

Jadi aku adalah aku
yang kau takkan pernah tahu
Aku yang selalu mengharapkan kau
menyelami aku
Namun kau masih kau
yang tak terdaya menjadi aku.

Jadi aku akan terus menjadi aku
dan mengharap kau yang lain datang
agar aku tak menjadi kau
yang tidak pernah memahami aku
dan kehilangan aku.

P/S; boleh faham x?

comeback.

Hye semua. Selamat hari raya.

Huh. Da lama tak tulis sajak. Busy sgt dengan konfrontasi2 yang baru dapat diselesaikan. Sekrang tengah dalam proses akhir siapkan skrip untuk pementasan ekspressi kat aswara. Ceh, sendiri tulis sendiri berlakon. Tak malu.

So sajak ni aku jumpa dalam notebook. Sajak ni sbenorye aku tujukan kat kawan aku yang sedang nak bercintan tapi tak kesampaian. But sajak ni, memang untuk yang benar-benar pernah merasakan,apa itu cinta. Baru rohnya dapat dirasakan. enjoy.

Jauh

Kerlingan mata itu
Senyuman manja itu
Alunan rambut itu
Masih di situ..
Masih berputik mekar..
Masih bukan milikku.

Ku sangka kau dengar
mesejku kepada angin.
Ku kira kau mengerti
senyuman mataku yang bersinar
menghamburkan kod morse untuk kau pecahkan.

Tapi..

Jika ku mampu
Akan ku kepul-kepulkan awan
Akan ku ikat pada tali
Tambatkan ia di bumi
menjadi payung untukmu.

Jika ku mampu
Akan ku tarik pelangi lebar
Hamparkannya atas padang menghijau
Dan jadikan ia jalan ke mahligai
yang aku bina menggunakan
butir-butir pasir halus yang ku susun
satu per satu
Tersergam gah,
seGah dirimu.

Namun,

Aku hanya mampu melihatnya dari jauh
Aku hanya mampu mencuri jelingannya
yang memberi seribu ketenangan bagiku
yang sunyi ini.
akan ku tunggumu
selalu!
Sehingga kau memandang ke sini,
sehingga aku mampu menatap wajahmu
selama-lamanya..

Aku mengharapkan mu, cinta.

dia.

banyak yang dah berubah sejak semenjak dua ni.

banyak langkah yang aku decide nak skip, sebelum aku tekan itu enter button.

aku rasa, bersalah, mainly.

but sometimes harsh decision is good.

alhamdulillah, i finally open my eyes to see a bigger picture.

aku nak dia tahu, yang walaupun ini keputusan aku, aku tetap tak akan pernah melupankan dia.

tak akan.

whatever happened, happened.

yang baik, yg manis, everything, masih segar dalam ingatan aku.

tipu lah kalau aku cakap aku dah get over dia.

sbb dia, everything untuk aku for the last almost a year.

and i love his family damn much. and vise versa.

but its too late to change anything.

it happened.

thanks for all the memories.

trust me, i dont hate u.

and i really want it to be like it used to be.

no childish action.

tak nak ckp belakang.

tak nak lari2.

but if itu keputusan dia, aku terima.

asalkan dia gembira.

because after what happened, he deserve it.

Saturday, July 3, 2010

percaya

malas.


malas percaya kat orang.


cukuplah memburu aku.


aku sesungguhnya tidak mahu dicari.


aku rela menyepi.


kerna aku sakit.


sakit hati kerana sering dicari.


lalu dibuang tanpa kata.


ahhhh.


itu semua penipuan.


fitnah dan dosa yang aku dengar.


maaf.


hati ini telah kering dan tawar. 


selama setengah tahun aku menjaga hati ini.


namun ia telah semakin mengering.


dan kering.


bak potpouri yang kehabisan baunya.


biar kan aku mengisi hati ku dengan embun.


membasahkannya kembali.


agar aku biasa mempercayai kembali,


angin yang lalu.

Tuesday, June 29, 2010

malam

malam.


malam memaksaku melihat bintang-bintang.
malam memaksaku mendengar bunyi unggas.
malam juga memaksaku bersedih mengingati siang.


malam,


memaksaku berkeniscayaan rapuh terhadap diri ku.
kerna aku tak biasa melihat jelas.
malam malah memberi teka-teki.
kerana aku sesungguhnya berasa lemah di sampingnya.


malam tanpa bintang.
malam tanpa bulan.
membuatku buta dan terpaksa mempercayai diri.
siapa di sana tidak kelihatan.


malam,


membuatku berfikir betapa kecilnya aku,
dalam kemalaman dunia.
terutama kemalaman diri aku sendiri.


lalu aku hanyut dalam kepekatan malamku.


malam..

Thursday, June 17, 2010

azam.

jadi. kebiasaan sudah tidak menjadi kebiasaan sekarang.

untuk hidup,aku tolak semua tepi.

aku. perlukan ketenangan semula.

cuci.

cuci bersih bersih otak.

dapatkan aku yang dahulu semula.

bantuan?

mama ada.

kawan ada.

Dia kat atas sana pon ada.

i refuse to stay down.

i refuse.

i will get back my composure.

and be up there.

biar orang sedar sendiri.

apa salahnya.

kerana aku sesungguhnya.

tak kuasa berkata apa.

kerana aku sendiri..

mahu membaiki ku.

Wednesday, June 16, 2010

kata hati

ikut kata hati,

tak sanggup melihatmu lagi.

membuangku seperti sampah.

memijakku.

menendangku seperti bola.

ikut kata mulut,

janji hanya janji.

ciuman hanya nafsu.

keinginan hanya sementara.

ikut kata mama,

lelaki tetap lelaki.

kita hanya boleh berdoa.

kita hanya mampu menjadi wanita.

ikut kata diri,

tak sanggup melihat kebiasaan pergi.

tak sanggup bermula balik.

dan memberi rasa kepada yang baru.

seperti memberi-beri satu barang yang tiada ertinya.

apa makna bercinta jika tiada kesusahan?

apa makna berjanji jika tiada usaha?

apa makna bernafas jika tiada tujuan?

apa makna bersama jika tiada keinginan?

apa makna aku, jika tiada kamu dalam hidupku?

beritahu aku, ikut kata hati mu.

kecewa.

damn.
aku terpukul.
jauh this time.
sangat jauh sampai rasanya tercampak,terjatuh dan terhentak batu.
damn.
the truth hurts.
terbaca apa yang sepatutnya aku digest tapi hati tak nak.
bukan tak nak,tak rela. tak sanggup.
kenapa bagi alasan untuk semua benda?
lagipon kadang-kadang hidup ini perlukan perubahan.
kenapa biarkan peluang yang ada lalu macam angin.
ya, aku faham aku bukan sempurna.
fizikal aku tak macam yang kau impikan.
ya,aku faham aku jauh lebih serious.
aku matang. tapi aku cuba tolak tepi ego aku untuk mu.
sedih.
hati ni mcm dirobek keluar.
betul,mcm sajak aku dulu.
hatiku digonggong anjing.
orang kata,tuhan bagi kita kehilangan sbb
dia nak letak yang lagi bagus dalam tangan kita.
tapi aku dah rasa banyak.
yang dah aku ikat rapi2.
cium dan dodoi setiap hati.
pergi.
jadi apa yang tinggal?
aku tak rela alami kehilangan.
aku tak rela.
sebab aku percaya yang orang boleh berubah.
yang penting nawaitu.
yang penting hati.
yang penting,aku dah kenal keluarganya.
dan keluargaku sayang sangat kat dia.
tapi.
ini yang aku baca sebentar tadi.
benar benar.
complete the whole week of my badluck and damnness.
untuk kata erti lain,
aku sudah buntu.

Thursday, June 10, 2010

hari sial.

kes hari yang xberapa nak lucky.


kenapa benda yang buruk selalu berlaku kat orang yang baik? eceh. nak kata diri sendiri baik la tu. sorong troli la bhai! sape lagi nak puji kita kalau x kita sendiri? haha.


btw, aku hilang HP. Handphone! yang ke 14. but still,baru beli kot! arghhhhh. siapa la yg amek hp aku tu mmg kene cirit birit seminggu plus termimpi buruk sebulan. amin. sbb hp tu adaah nyawa jantung cinta sayang cium aku! argh!


and kereta aku pulak accident. xtau la nak salahkan divider tu ke yang xrupa mcm divider atau motor tu yang ditunggang tanpa kawalan. menonong je. kalau ak xelak,kena bahagian depan kereta aku. kalau aku elak,motor tu ok,aku punya skirting pulak rosak. skarang ni,aku yang mengalah tadi. jadi motor tu pon lari. maka tinggallah aku di situ dgn segala rasa marah yang bertakhta di hati. geramnye! arghhhhhh.


oh. btw,perlu ke orang lain bila dah tau ada org yang separuh mati syg kat dia skarang ni? perlu ke? yang penting kualiti ke kuantiti? tak faham lah kite orang orang zaman skarang ni! :S




p/s: terlalu beremosi untuk pergi ke PD esok.

Wednesday, June 9, 2010

rasa macam rakus menaip.

jadi. aku tunggu dia cuti. sebab dia kata, tak apa la. cuti sebulan.


sebarang plan telah kami anjakkan ke sebulan itu.


sebab tak nak menganggu jadual biasa.


tapi,sejurus tibanya sebulan itu..


hati aku macam dicincang sehalus kentang sebelum proses membuat karipap.


dia.


lagi busy dari sebelumnya dalam tempoh sebulan yang istimewa itu.


adus.


kecewa.


p/s: untuk yang tengah busy tuh. rindu tak tertahan wooi. :)-katanya.

mula nya cuti.

Semalam, secara rasminya,bermulalah cuti aku selepas puas menolong senior2 ber-exam. 


Maka, harini muncullah pelbagai semangat baru yang berkobar kobar seperti apabila terbau wangian shisha dari jarak 100 meter. 


"AKU NAK KURUS BALIK!"


itu kata hati aku.


"TAPI AKU RASA NAK MAKAN NANDO's LA"


itu kata perut aku.


"DUIT MAMA XBAGI LAGI,TUNGGU DIA LA"


itu kata wallet aku yang kewujudannya sendiri seperti duit itu sendiri,selalu tak ada.


itu baru beberapa kata yang datang dari bdn sendiri. belum lagi komitment yang muncul sebab aku selalu kata,tunggu cuti laa.


"IQA,BILA NAK BELANJA?"


"IQA,REUNION JUMAAT SAMPAI AHAD,DTG DOOW"


"IQA,U KATA NAK TGK MOVIE DGN I"<--- ini alasan aku yang xnak bersosial dgn pelbagai lelaki.


"IQA, AHAd NI PG MENTOR. JD EXTRA LG"<--ini dah bercanggah dengan permintaan kedua.


"IQA,JOM LEPAK AMPANG MALAM NI"


"IQA,KO KNE TIDO ASRAMA SAMPAI JUMAAT"<--ini lagi bercanggah dengan permintaan kedua dan ke lima.


tak kurang jugak dengan yang nak aku bertandang ke tempat kerja mereka. satu KLCC, satu PAVILLION.


fikir-fikir balik,aku lagi rela cuti sem mula balek. =.="

Friday, May 28, 2010

salah kah aku?

Kata-kata terbang disisi.
Angin sendu meniup ke mari.
Suaramu jelas.
Kelibatmu dimana?
Aku cari.
Dibelakangku.
Tiada.
Dikiriku.
Tiada.
Dikananku.
Tiada.
Ternyata,itu hanya sekadar kata-kata.
Janji yang tidak hidup.
Tidak ber-roh.
Tidak berhati;kejam.


Aku butuh penjelasan.
Aku butuh dakwaan.
Sangkal barangkali?
Namun kau memberi aku janji.
Sedang aku tahu,
Janji itu tidak berjasad.
Janji itu malah mampu menghilangkan jasadku.
Rohku.


Pergi. 
Aku pergi selangkah.
Kau tidak menoleh.
Lalu aku melangkah lagi.
Kau tetap dengan ego mu.
Langkahku diikat dengan memori.
Yang tidak pernah kau simpan.
Hanya sekadar polaroid.
Hanya sekadar imbasan.


Kau.
Yang tak mengerti aku.
Kau tidak mengertikah yang aku ini menginginkanmu?
Aku boleh menjagamu!
Aku tidak bermain cinta.
Janjiku ber-roh.
Janjiku bersumpah.
Janjiku terhadapmu lagi,
seakan ada sebutir bom yang akan meletop jika aku mengingkarinya.


Namun kau diam. 
Mulut mu dikunci.
Dengan duniawi.
Dengan kepura-puraan perampas hatimu.
Kau tidak sadar aku ingin melepaskanmu.
Aku dianggap penyebab.
Aku dianggap pesalah.
Kata-kata ku hanya dusta bagi mu.
Nasihatku hanya frekuensi bising.
Aku dituduhmu;melawan.


Jadi aku akan tetap menyimpan janjiku.
Walaupun aku sudah melangkah 3 tapak kebelakang,
aku masih berjanji.


untuk menjagamu.
sungguhpun tidak diperlukan.
sehingga kamu sadar.


yang kepura-puraan itu,adalah dirimu.
bukan aku.



kembali

Setelah sedekat meninggalkan dunia blog,ya,kini aku kembali.
*CGI asap berkepul-kepul*


Macam macam dah jadi recently. Relationship wise, family wise. Everything.


Kadang-kadang aku rasa kita ni bertuah sangat sebab dikurniakan dengan "instinct". Petunjuk tuhan atau dalam bahasa kompleksnya, a glimpse of future that was immediately sent to our heart. 


Wah,speaking pulak dia. 


I believe in mine,sbb my instinct is always right. 


So dont ever lie to me,because somehow, i would know,without u telling me.


so anyway, ive been working my ass off untuk final PeTA senior. Penat sgt2. Rasa macam tenaga diserap sepan kuning. Badan lemah. Nak makan tapi tak habis. Nak mandi tapi sejuk. Nak gelak tapi menguap. macam tu lah penatnye. 


Macam macam ada dalam otak aku ih sbenornye. Yelar,bila busy la bende2 ni merengek2 nak timbul. Kalau free xde pulak. ahh, pening.


oh btw,aku baru habis tengok "CLOSER". nice. nanti sambung.


al-fatihah kat follower blog aku,ili amir farhan.

Tuesday, April 27, 2010

penat

Bekerja sekarang untuk masa depan,atau secara kasarnya,i wanna work my ass now so that later people have to work their ass off,for me. hehe.


lately aku teramat busy. dengan membuat set. membuat rekaan set. menghafal dialog. membuat script kelas drama radio. menguruskan produksi senior. membuat poster. membuat cakes. arghh. busy terokkk punya.


tapi yang paling sakit adalah apabila ada orang masuk hospital sbb denggi. cis nyamuk tu. slamat dia da keluar hospital,kalau x,lagi susah. btw,aku amat mempunyai emosi yang pelbagai mengenai cinta sampai kadang2 aku asyik senyum @ menagis dalam masa yang sama.


eceh.


penat sbenarnye ni. aku mengarut je. 


nanti tulis balik.


byeee.

Thursday, April 22, 2010

cinta bodoh. harapan.

cinta tapi x bersedia sebab masih teringat lepas.


Mau cinta tapi rasa diri masih muda,masih mahu pergi ke pasar mencari calon.


Sudah bersedia bercinta,tapi tak ada calon mama papa.


Sudah bersedia,tapi di tangguh oleh kekasih hati kerana dia pulak tak bersedia.


Nak bercinta tapi tak nak yang harfiah saja.


Ahhhhh. macam macam alasan lah kalau nak cakap pasal cinta.


Tu x cakap lagi yang kepala batu nak kacau orang lain punya.


Yang tak sanggup tgk bf/gf orang yang dia kacau tu tapi terang2an bercerita sesama sendiri sambil dihidu tajam oleh orang lain.


Tak segan silu.


Tak ada maruah dan pendirian.


Tapi sememangnya manusia lemah tidak boleh menghalang perasaan syaitan mereka. 


aku, bosan.


sebab aku selalu mengharap benda itu akan jadi. 


tapi x jadi. kadang2 aku yang memilih.


Tak nak,tapi orang yang aku pilih kadang2 xnak.


Ntah lah.


Dia saja cepat lah sape2 masuk meminang,xpening kepala.


Btw,En Ahmad Yatim ckp nk aku berlakon Hamlet sem depan. Bagus. :)

Denggi.

Serabut. ASWARA dilanda demam denggi. Kami yang tidak kena pon rasa nak dmm tgk semua orang dmm. Tak pon mati keracunan disembur ubat nyamuk *dalam bahasa canggihnya,Fogging*. Hampir kembang kuncup lubang hidung kerana menyangka diri berada di London,ataupun Paris kerana kabus itu seperti salji. Sempat jugak bermain perang2,tapi diberhentikan kerana hampir terjatuh kerana "salji" terlalu tebal dan rambut sudah berbau hangus. :)


Jadi,berwaspadalah kamu terhadap nyamuk. Kerana saya tidak mahu terjatuh lagi. Dan rambut saya adalah aset besar saya. 


-untuk yang dmm,aku dah cuba yang habis baik ntuk membntuyang x,maaf-

Saturday, April 17, 2010

Aku bukan tuhan


Lagu harini; Damein Rice- Cant take my eyes off you

Looking back, aku rasa marah sbb dulu,aku tak pergunakan semua peluang aku ada. Aku biarkan peluang tu pergi. Aku terlalu baik. Aku bg PILIHAN kat orang dengan menutup PILIHAN aku sendiri.
Kau ni TUHAN ke ATIQAH?” itu persoalan yang aku pernah dapat dr kawan baik aku,menyedarkan aku yang aku xsemestinya jadi saint kepada sumer orang yang aku care about.
Kadang-kadang  rasanya tak salah menjadi hipokrit sakit kan hati orang lain untuk bg satu layer protection kat hati perempuan yang nipis macam kulit bawang ni.
Tapi; bear in mind, “What goes around, comes around”.

Cerita hati

Lelaki itu sinonimnya dengan peragut hati wanita. Ada saja katanya yang mampu meragut kebahagiaan hati. keamanan jiwa. Tidak lelap matanya jika tidak dipenuhi wanita. Dia tidak tahu antara semua wanita itu,ada satu yang benar benar mencintai dia,yang menangis untuknya,yang mahukan dia berubah kerana hatinya sudah diragut.


Tapi yang lainnya hanya mahukan nama lelaki itu. Prestasinya. Sifat luarannya yang menjadikan dia dipuja disanjung tinggi. Sedangkan wanita tadi melihat jauh ke lusuk hatinya.


Maka satu ketika,hati wanita itu dapat berbicara dengan hati lelaki itu.


Hati Wanita: Kenapa? Kenapa kamu selalu mempermainkan tuanku? Tidak cukup baikkah dia?


Hati Lelaki: Bukan. Kerana Tuan ku mempunyai keinginan. keegoan. Kejantanan yang harus ditunjukkan.


Hati Wanita: Berbezakah Tuan aku dengan wanita lain?


Hati lelaki: Ya,dr fizikalnya kamu memang kurang. Tapi dr cara percakapanmu,cara kamu melayani kerenah tuanku,cara kau cuba mengenal aku sbelum mengenal tuanku,itu yang membezakan kamu.


Hati wanita: Jadi,kenapa tak pernah memahami aku wahai hati?


Hati lelaki: Kau ingin memaksa aku?


Hati Wanita: Tidak,aku hanya mahu keikhlasan kamu.


Hati Lelaki: Aku tidak bersedia.


Hati Wanita: Aku akn menunggumu.


Semakin lama hati wanita itu menunggu dan memberi ruang,semakin jauh hati lelaki menolaknya.


Agaknya kesucian cinta sudah tidak dinilai orang. Betul.


Lalu satu hari hati wanita itu mengalah dan berhenti berharap. Berhenti berdenyut. Hanya dibanjiri awan mendung dan mengeluarkan hujan dari kelopak matanya.


Dan dia bergerak perlahan lahan melambaikan tangannya kepada hati lelaki tadi.


Hati lelaki itu mula meyedari kehilangan hati wanita itu. Tapi xberjumpa. Tapi dia juga tidak kesah kerana banyak lagi wanita yang menginginkannya. Lebih cantik. Enak.


Tapi setelah puas membuakkan nafsu,sehingga yang tinggal hanya bosan,duitnya yang dibelanjakan untuk mengisi perut pendusta, baru dia pandai membezakan,yang mana tulus,yang mana luaran.


Hati wanita tidak mudah menerima lelaki,tapi bila dia sudah menerima,dia mahukan ketulusan hati lelaki itu,bukan harta,bukan muka,bukan rupa paras. Yang penting dia mahukan hati lelaki itu selalu dekat dengan hatinya sendiri. Bukan paksaan,tapi kerelaan mencintainya setulus boleh. Biar tidak sempurna,ia tetap sempurna selalu di mata seorang wanita yang betul betul mengerti apa itu cinta.


P/s: Dapat lepas baca cerita punggung Caska dan Roberto karya Tamara Geraldine.

puisi huruf besar.

Ada Penipu.


di mana?


Dibelakangku.


Buat apa?


Mentertawakanku.


Lagi?


Menipuku!


Jadi?


Pergi shaja kepadanya!


ntuk?


Mentertawakannya!


Dan?


Memeluknya kerana dia menipumu.


Kenapa?


Kerana dia sadar kamu penting untuknya,terus dia menipumu.


Atau kerna dia sadar kamu perlukannya.


Tetapi?


Jangan menipunya kembali.


Karna?


Dia akn ditipu kembali.


Karma.

celaru

Rasa nak mencarut. MENCARUTTTTTTT. ok. puas.


:)


aku dilanda air bah yang setinggi klcc dan menara kuala lumpur yang ditenggekkan bersama sehingga mencecah beberapa lapisan atmosfera dan timbul malu malu di luar permukaan bumi.


Beberapa hari ini aku dipenuhi alasan,kerja,stress,cinta yang xberapa nak cinta,penipuan yang terlalu mudah ditangkap mata aku yang teliti,instinct yang disahkan betul,kepenatan,kestressan membuat kerja rumah,ketidak dapatkan berlepak sakan,ke tidak dapatkan menemui syed hafeez yang jarang jarang berada di kl lagi,kebosanan menonton drama,kesakitan hati ditipu bulat bulat,kesakitan tangan dicubit,kemimpian sialan,dan keinginan untuk berlakon. Maka ambillah saya berlakon kerna bila saya berlakon teater,otak saya akn automatic KIV benda ini semua.


Trimas.


barangkali perkara yang paling menyenangkan hari ni,baca buku; Kamu sadar aku punya alasan untuk selingkuhkan,sayang? *indon* dan masih menunggu nunggu Karipap-karipap Cinta dr Syed Hafeez. Chiis,cpt la bg pinjam. :)


Kepada Dark Ray,saya memahami kamu sebenarnya cuma mulut aja enggak bisa bicara. enggak smpat. tertidur kdg2. Kalau kamu tahu apa yg betul2 terjadi,sy pasti kamu akn terus mngmbil pedang samurai.


Kepada mama, ya ya. sorry ya aku enggak sempat pergi ke supermarket membeli bahan cheesecakenya.


Jangan ita sakiti hati orang kita cintai. sb mana tahu,satu hari nanti,dia tidak akan ada untuk kita. Hargai dia semntara dia ada. Kerana munkin satu hari,dia tidak akan lagi bersabar. Bila kau bersama seseorang,fhmkn,yang kau juga meminjam orang itu dari keluarganya. Jangan hampakan mama, Papa, dan ahli keluarganya.


Tiba2.


Aku rasa cukup lah semua. Aku nak buat kerja balek. Had-i-ous-


:)


muah


Fizee: emmm dapnyaaaa.

Sunday, April 11, 2010

emm. dapnye.

ini adalah ayat baru yang timbul selepas kemunculan aaaa..yeah.

EMM...DAPPNYE.


dah tambah lagi satu dalam kamus budak aswara. haha. 


ada juga yang laen; seperti MAAALASLAAAH.


dan juga pelbagai bagai gesture yang dapat diperhatikan pada setiap pelajar aswara.


termasuklah ikon besar seperti EN AHMAD YATIM yang menjadi ikutan anak didiknya terutama Hafizee. hahaha. maen saje abg fizee. marah kena jual haa. APAHAL? HAAAAISH.. STEAM SAYA. hahaha.


Ape2 pon aswara menjanjikan hiburan berterusan. Jangan risau. Kalau diperhatikan intonasi dan projeksi budak budak vokal dan teater di dalam cafe,mampu memecahkan gelas2 dalam rak. Patutlah cafe pakai cawan plastik.


Ape2 pon,marilah sama sama kita MELANGKAH BERSAMA TRADISI.


Aku SAYANG ASWARA. :)

Saturday, April 10, 2010

Kepada SYED HAFIZ yang dah lama kata dia nak topupkan.

BILA NAK TOPUPKAN! AKU TAKDE KREDIT NI!


sorry kepada yang lain kerana tak dapat membalas msg. dan tak terangkat call sebab hari ni aku kuat tido. :)

Sajak cium lagi.

Konfrontasi hati

Ciuman bukan kucupan?  
adi apa yang kamu beri itu,apa?  
Satu pergerakkan bibirmu yang hinggap di bibir ku?  
Satu motion separa sedar yang dipengaruh emosi?  
Satu irrelevant action,seperti katamu dulu?  
Satu tindakan spontan kerana aku,dituduhmu menggodamu?  
Aku;hanya mampu memberi bibirku.  
Tidak mampu menimbulkan konklusi.  
Kerna ada saja yang mematahkan teoriku.  
Kerna aku selalu menjadi trigger.  
Aku disinonimkan dengan penyalah.  
Biar;  
Biar resah ini menjadi milikku.  
Kerana sesungguhnya mencumbu mu,  
Menciummu,  
Mengkiss kamu,  
Adalah benda yang terlalu bererti untuk ku.  
Tanpa pengetahuanmu.  

toksah.

Bila kau nak aku. kau datang. Bila tak nak,kau anggap aku tak wujud. Bila susah kau cari aku. Bila senang, kau kata aku yang tak contact kau. Kau penipu. Kau yang dulu tak pernah nak menghormati aku sebagai teman wanita kau. Naik tangan disalahkan kepada emosi. Kegatalan kau disandarkan kepada sifat semulajadi lelaki. Pemberontakan aku dibalas tamparan. Sekarang bila aku dah bukan teman wanita kau, kau buat macam macam. Argh. Tolong lah bagitahu aku apa salah aku? Tolong.


Ditujukan kepada bekas teman lelaki yang akhir akhir ini amat mengundang kemarahan.

Ini baru namanya KONFRONTASI.

Kata orang, untuk tahu kawan kita,kita tunggu masa kita susah. Yang mana tolong kita,itulah kawan. Aku ambik keputusan untuk guna hari ni nak recharge lg otak aku yang sejak 2 3 hari ni penuh dengan persoalan persahabatan


Bagi aku, memang tugas seorang sahabat untuk mengetepikan apa sahaja asal ia boleh menjaga hati sahabat. Walaupun kadang kadang perkara itu amat menyinggung hati,erti seorang sahabat itu lagi berat dari segala-galanya. Sebab dulu,aku pernah bergaduh besar dengan sahabat aku,masa aku form 2. dan aku kehilangan mereka. Tapi,sekarang,itu adalah benda paling jauh yang aku nak. Aku nak semua orang yang ada dekat dengan aku,duduk diam diam. Jangan pergi mana mana. Tunggu aku.


Selamat masa gawat ni, aku ditemani abang AP. Dia memang selalu ada saat aku memerlukan kata kata semangat dulu. Bak kata abang aku, abg AP senior tahun 3 aku, gaduh dengan sahabat lagi sakit dari gaduh dengan teman lelaki/perempuan. Betul, bagi aku. Sebab sakitnya sampai dalam. Sakitnya sampai aku rasa aku hampir mati. Sakitnya menyakinkan aku yang malaikat maut dah hampir sampai. terus aku edarkan maaf kepada semua sahabatku kerana aku bimbang aku benar benar akan pergi.


Aku nak ambil kesempatan ini untuk bagitahu semua sahabat aku, aku ikhlas atas persahabatan aku denagn korang. Mungkin ada yang tak dapat nak terima keikhlasan aku ni,tapi sememangnya aku menghargai korang. Aku bukan buat buat baik macam aku tau ada yang cakap. Dan aku bukan hipokrit. Aku akui aku agak emosi masa itu,tp aku tak pernah keluarkan kata kata kesat terhadap sahabat aku kerna aku tau,semua orang ada perasaan dan hati sendiri. Aku sebolehnya harus marah kerana aku tidak difahami. Aku memang jenis yang diam. Aku takkan cakap kalau aku tak puas hati. Dan aku bukan jenis yang menyindir secara terbuka. Jadi kalau ada yang menyindir aku,aku diamkan saja. Atau aku kuarkan perasaan aku melalui tangisan. Aku tak nak keluarkan melalui kata lata sebab kadang kadang sebab emosi kita cenderung mengatakan benda yang tak sepatutnya.


Aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada beberapa insan yang selalu ada dengan aku semasa aku emotionally unstable. Aku sayang korang. I sayang u. Gua sayang lu. Semua lah.


TERIMA KASIH.

Monday, April 5, 2010

pemikiran di masa terdesak.

Ha. Hello KL panas


Aku baru sahaja menjejakkan kaki ke KL yang panas ni balek pada pukul 2.20. Masuk kelas lambat. Cuba mengcontrol kegabraan dengan senyum lebar namun di sapa dengan nada nada memberansangkan dari kawan kawan aku tentang kasut nike aku yang selalunya aku letakkan di atas wardrobe paling tinggi sebagai trofi. Bukannya menyapa aku. cheh. kawan kawan. 


Ok. So masa aku kat Genting,macam macam jadi. Bermula dengan kami dapat 2 bilik, yang setiap satunya ada 2 katil dengan harga yang amat murah,rm 100 satu bilik. Tu pon dapat dari Ah Soh yang jual bilik dia. Selamatla kami berempat. Tapi kalau berlima lagi bagus. :) sorry xdapat bawak sbb ticket ABP ada 4 je. 


Macam menjadi lumrah Genting la,pergy mesty la kne main theme park. Tp malangnya Space Shot tutup. Plus,masa kami pergi tuh hujan renyai renyai. Jadi kabus yang menyapa pon tak teragak menghadkan penglihatan kami sejauh beberapa ratus meter sahaja. Sejuk jangan cakap la. Mulanya nak bergaya,last last aku pakai jugak coat abang aku. cheh. agaknya minah minah yang pakai shorts ala hawaii tu tak sejuk agaknya. Atas punya la tebal macam kat kutub,bawak macam kat hawaii. hadoi. Kadang kadang kaki bawah tu menjerit jerit nak ditutup. berlipat lipat. Geli pon ada,setakat tengok aja yang mampu.


Masa aku naik roller coaster tuh,aku dapat rasakan jantung aku dah memang secara harfiahnya sudah dilempar jauh jauh. Kecut semua urat. Masa benda tuh nak berpusing 360 degree,aku hanya mampu menjerit. Pelbagai ayat juga keluar,seperti;



  • sape lah yang invent benda bangang ni!
  • Iqa nak turun!
  • Maaaaaaaaak!
  • Holy crap im gonna die!
  • Bila nak habis benda ni!
tapi bila dah nak sampai,aku buat buat cool dengan menjerit,"alaaaaa. da habis daaa? Xpuas!"

itu baru namanya,HIPOKRIT. haha.

senang citer. i had a gr8 time; free foods. free entertainment. free aircond.

tapi sepanas panas kl pon,aku rasa happy aku dapat balek kl. sbb ada benda kat kl ni yang lagi best dr genting tuh. haha. nite korang. anti aku cerr lagi. part II ABP. esok exam. na tido awal.

Saturday, April 3, 2010

nak pergy genting.

hello world. sebelum tu,aku tertarik dengan font font bloggers lain yang BESAR. kecik. BESAR. kecik. macam lawa jugak rasanya. mungkin akan start gunakan. tp next time lah. malas nak menyusahkan diri. 


haha. anyway. harini aku suppose pegy tgk ABP kat Genting. so,kami yang terdiri drpd beberapa hopefull butts; 


ATIQAH BINTI ABU BAKAR, 
ASYRAF BIN ABU BAKAR,
AZIDA BINTI ABU BAKAR 
HUZAIRY AZLAN (BF MY SIS)


akan pegy ke genting pada katanya tepat 10,tp skarang rasanya aku sorang je yg da siap. haish. janji melayu.


selepas puas mencarikan baju untuk kakak aku yang sememangnya susah,hampir 30 minit cr baju dia. aku cr baju aku 5 minit je. pelik jugak sbb baju aku yang menimbun nimbun persis bundle shah alam tu seakan-akan tau aku memerlukan mereka. bagus baju. sayang anak mak. :)


sebenornye,rasa macam tanak pegy. yelah,terpakse tinggal kereta kat aswara. kang ada ape2 jd,risau jugak. dah la mama bg rm 30 je. hehe. salah aku jugak sbb minggu ni,hari2 aku guna rm50. takke pokai mama. asal pegi ngan klong xpe,dia bg full set. makan. ticket. hotel,sumer free. cuma saguhati je bli sendiri. :D sbb tu keluar ngan keluarga lg senang,xpyh kuar duit. 


jadi,sebelum aku pergi menyejukkan diri di sana,aku nak cakap,BYE BYE KL YANG PANAS!


nyehe. aku suka. 


maaf sebelum ni otak telah di set ke mode sajak. dan maaf kalau di dalam blog aku bersikap open. kalau kat luar,mungkin half-open kot. haha. dalam erti kata remaja, CHIOW!

Wednesday, March 31, 2010

luahan mengantuk

Masa kelas yang sama,aku rasa terganggu dengan teman aku yang kelihatan resah gelisah di sebelah. Nama nya dirahsiakan. Mcm tu lah penangan cinta yang tak kesampaian. Jadi poem ni aku buat untuk si dia kepada si dia yang tak termiliki itu. dan untuk sesiapa yang mungkin masih berharap macam aku. 


Nama poem ni; KECEWA


Kerlingan mata itu
Senyuman manja itu,
Alunan rambut lebat itu,
Masih di situ.
Masih berputik mekar.
Masih bukan milikku.


Ku sangka kau dengar
mesejku pada angin.
Ku kira kau mengerti
senyuman mataku.


Tapi malang..


Jika aku mampu
akan ku kepul kepulkan awan,
Akan ku ikat pada tali
dan jadikan ia payung untukmu.


Jika aku mampu,
Akan ku tarik pelangi lebar
Hamparkannya atas padang menghijau,
Dan jadikannya jalan ke mahligai
yang aku bina menggunakan
butir butir pasir yang kususun
tersergam gah.
Se Gah kamu.


Namun aku
Hanya mampu melihatnya dari jauh.
Aku hanya mampu mencuri jelingannya
Yang memberi ketenangan kepada ku 
yang sunyi ini...


akan ku tunggu mu.


selalu.