Lelaki itu sinonimnya dengan peragut hati wanita. Ada saja katanya yang mampu meragut kebahagiaan hati. keamanan jiwa. Tidak lelap matanya jika tidak dipenuhi wanita. Dia tidak tahu antara semua wanita itu,ada satu yang benar benar mencintai dia,yang menangis untuknya,yang mahukan dia berubah kerana hatinya sudah diragut.
Tapi yang lainnya hanya mahukan nama lelaki itu. Prestasinya. Sifat luarannya yang menjadikan dia dipuja disanjung tinggi. Sedangkan wanita tadi melihat jauh ke lusuk hatinya.
Maka satu ketika,hati wanita itu dapat berbicara dengan hati lelaki itu.
Hati Wanita: Kenapa? Kenapa kamu selalu mempermainkan tuanku? Tidak cukup baikkah dia?
Hati Lelaki: Bukan. Kerana Tuan ku mempunyai keinginan. keegoan. Kejantanan yang harus ditunjukkan.
Hati Wanita: Berbezakah Tuan aku dengan wanita lain?
Hati lelaki: Ya,dr fizikalnya kamu memang kurang. Tapi dr cara percakapanmu,cara kamu melayani kerenah tuanku,cara kau cuba mengenal aku sbelum mengenal tuanku,itu yang membezakan kamu.
Hati wanita: Jadi,kenapa tak pernah memahami aku wahai hati?
Hati lelaki: Kau ingin memaksa aku?
Hati Wanita: Tidak,aku hanya mahu keikhlasan kamu.
Hati Lelaki: Aku tidak bersedia.
Hati Wanita: Aku akn menunggumu.
Semakin lama hati wanita itu menunggu dan memberi ruang,semakin jauh hati lelaki menolaknya.
Agaknya kesucian cinta sudah tidak dinilai orang. Betul.
Lalu satu hari hati wanita itu mengalah dan berhenti berharap. Berhenti berdenyut. Hanya dibanjiri awan mendung dan mengeluarkan hujan dari kelopak matanya.
Dan dia bergerak perlahan lahan melambaikan tangannya kepada hati lelaki tadi.
Hati lelaki itu mula meyedari kehilangan hati wanita itu. Tapi xberjumpa. Tapi dia juga tidak kesah kerana banyak lagi wanita yang menginginkannya. Lebih cantik. Enak.
Tapi setelah puas membuakkan nafsu,sehingga yang tinggal hanya bosan,duitnya yang dibelanjakan untuk mengisi perut pendusta, baru dia pandai membezakan,yang mana tulus,yang mana luaran.
Hati wanita tidak mudah menerima lelaki,tapi bila dia sudah menerima,dia mahukan ketulusan hati lelaki itu,bukan harta,bukan muka,bukan rupa paras. Yang penting dia mahukan hati lelaki itu selalu dekat dengan hatinya sendiri. Bukan paksaan,tapi kerelaan mencintainya setulus boleh. Biar tidak sempurna,ia tetap sempurna selalu di mata seorang wanita yang betul betul mengerti apa itu cinta.
P/s: Dapat lepas baca cerita punggung Caska dan Roberto karya Tamara Geraldine.
No comments:
Post a Comment