malam.
malam memaksaku melihat bintang-bintang.
malam memaksaku mendengar bunyi unggas.
malam juga memaksaku bersedih mengingati siang.
malam,
memaksaku berkeniscayaan rapuh terhadap diri ku.
kerna aku tak biasa melihat jelas.
malam malah memberi teka-teki.
kerana aku sesungguhnya berasa lemah di sampingnya.
malam tanpa bintang.
malam tanpa bulan.
membuatku buta dan terpaksa mempercayai diri.
siapa di sana tidak kelihatan.
malam,
membuatku berfikir betapa kecilnya aku,
dalam kemalaman dunia.
terutama kemalaman diri aku sendiri.
lalu aku hanyut dalam kepekatan malamku.
malam..
i like this.. cuma tak faham apa tu berkeniscayaan. boleh tolong explain?
ReplyDeletekeniscayaan tu maksudnya macam kepercayaan. sorry reply lambat, busy. hehe
ReplyDelete