Saturday, April 10, 2010

Ini baru namanya KONFRONTASI.

Kata orang, untuk tahu kawan kita,kita tunggu masa kita susah. Yang mana tolong kita,itulah kawan. Aku ambik keputusan untuk guna hari ni nak recharge lg otak aku yang sejak 2 3 hari ni penuh dengan persoalan persahabatan


Bagi aku, memang tugas seorang sahabat untuk mengetepikan apa sahaja asal ia boleh menjaga hati sahabat. Walaupun kadang kadang perkara itu amat menyinggung hati,erti seorang sahabat itu lagi berat dari segala-galanya. Sebab dulu,aku pernah bergaduh besar dengan sahabat aku,masa aku form 2. dan aku kehilangan mereka. Tapi,sekarang,itu adalah benda paling jauh yang aku nak. Aku nak semua orang yang ada dekat dengan aku,duduk diam diam. Jangan pergi mana mana. Tunggu aku.


Selamat masa gawat ni, aku ditemani abang AP. Dia memang selalu ada saat aku memerlukan kata kata semangat dulu. Bak kata abang aku, abg AP senior tahun 3 aku, gaduh dengan sahabat lagi sakit dari gaduh dengan teman lelaki/perempuan. Betul, bagi aku. Sebab sakitnya sampai dalam. Sakitnya sampai aku rasa aku hampir mati. Sakitnya menyakinkan aku yang malaikat maut dah hampir sampai. terus aku edarkan maaf kepada semua sahabatku kerana aku bimbang aku benar benar akan pergi.


Aku nak ambil kesempatan ini untuk bagitahu semua sahabat aku, aku ikhlas atas persahabatan aku denagn korang. Mungkin ada yang tak dapat nak terima keikhlasan aku ni,tapi sememangnya aku menghargai korang. Aku bukan buat buat baik macam aku tau ada yang cakap. Dan aku bukan hipokrit. Aku akui aku agak emosi masa itu,tp aku tak pernah keluarkan kata kata kesat terhadap sahabat aku kerna aku tau,semua orang ada perasaan dan hati sendiri. Aku sebolehnya harus marah kerana aku tidak difahami. Aku memang jenis yang diam. Aku takkan cakap kalau aku tak puas hati. Dan aku bukan jenis yang menyindir secara terbuka. Jadi kalau ada yang menyindir aku,aku diamkan saja. Atau aku kuarkan perasaan aku melalui tangisan. Aku tak nak keluarkan melalui kata lata sebab kadang kadang sebab emosi kita cenderung mengatakan benda yang tak sepatutnya.


Aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada beberapa insan yang selalu ada dengan aku semasa aku emotionally unstable. Aku sayang korang. I sayang u. Gua sayang lu. Semua lah.


TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment