Tuesday, April 27, 2010

penat

Bekerja sekarang untuk masa depan,atau secara kasarnya,i wanna work my ass now so that later people have to work their ass off,for me. hehe.


lately aku teramat busy. dengan membuat set. membuat rekaan set. menghafal dialog. membuat script kelas drama radio. menguruskan produksi senior. membuat poster. membuat cakes. arghh. busy terokkk punya.


tapi yang paling sakit adalah apabila ada orang masuk hospital sbb denggi. cis nyamuk tu. slamat dia da keluar hospital,kalau x,lagi susah. btw,aku amat mempunyai emosi yang pelbagai mengenai cinta sampai kadang2 aku asyik senyum @ menagis dalam masa yang sama.


eceh.


penat sbenarnye ni. aku mengarut je. 


nanti tulis balik.


byeee.

Thursday, April 22, 2010

cinta bodoh. harapan.

cinta tapi x bersedia sebab masih teringat lepas.


Mau cinta tapi rasa diri masih muda,masih mahu pergi ke pasar mencari calon.


Sudah bersedia bercinta,tapi tak ada calon mama papa.


Sudah bersedia,tapi di tangguh oleh kekasih hati kerana dia pulak tak bersedia.


Nak bercinta tapi tak nak yang harfiah saja.


Ahhhhh. macam macam alasan lah kalau nak cakap pasal cinta.


Tu x cakap lagi yang kepala batu nak kacau orang lain punya.


Yang tak sanggup tgk bf/gf orang yang dia kacau tu tapi terang2an bercerita sesama sendiri sambil dihidu tajam oleh orang lain.


Tak segan silu.


Tak ada maruah dan pendirian.


Tapi sememangnya manusia lemah tidak boleh menghalang perasaan syaitan mereka. 


aku, bosan.


sebab aku selalu mengharap benda itu akan jadi. 


tapi x jadi. kadang2 aku yang memilih.


Tak nak,tapi orang yang aku pilih kadang2 xnak.


Ntah lah.


Dia saja cepat lah sape2 masuk meminang,xpening kepala.


Btw,En Ahmad Yatim ckp nk aku berlakon Hamlet sem depan. Bagus. :)

Denggi.

Serabut. ASWARA dilanda demam denggi. Kami yang tidak kena pon rasa nak dmm tgk semua orang dmm. Tak pon mati keracunan disembur ubat nyamuk *dalam bahasa canggihnya,Fogging*. Hampir kembang kuncup lubang hidung kerana menyangka diri berada di London,ataupun Paris kerana kabus itu seperti salji. Sempat jugak bermain perang2,tapi diberhentikan kerana hampir terjatuh kerana "salji" terlalu tebal dan rambut sudah berbau hangus. :)


Jadi,berwaspadalah kamu terhadap nyamuk. Kerana saya tidak mahu terjatuh lagi. Dan rambut saya adalah aset besar saya. 


-untuk yang dmm,aku dah cuba yang habis baik ntuk membntuyang x,maaf-

Saturday, April 17, 2010

Aku bukan tuhan


Lagu harini; Damein Rice- Cant take my eyes off you

Looking back, aku rasa marah sbb dulu,aku tak pergunakan semua peluang aku ada. Aku biarkan peluang tu pergi. Aku terlalu baik. Aku bg PILIHAN kat orang dengan menutup PILIHAN aku sendiri.
Kau ni TUHAN ke ATIQAH?” itu persoalan yang aku pernah dapat dr kawan baik aku,menyedarkan aku yang aku xsemestinya jadi saint kepada sumer orang yang aku care about.
Kadang-kadang  rasanya tak salah menjadi hipokrit sakit kan hati orang lain untuk bg satu layer protection kat hati perempuan yang nipis macam kulit bawang ni.
Tapi; bear in mind, “What goes around, comes around”.

Cerita hati

Lelaki itu sinonimnya dengan peragut hati wanita. Ada saja katanya yang mampu meragut kebahagiaan hati. keamanan jiwa. Tidak lelap matanya jika tidak dipenuhi wanita. Dia tidak tahu antara semua wanita itu,ada satu yang benar benar mencintai dia,yang menangis untuknya,yang mahukan dia berubah kerana hatinya sudah diragut.


Tapi yang lainnya hanya mahukan nama lelaki itu. Prestasinya. Sifat luarannya yang menjadikan dia dipuja disanjung tinggi. Sedangkan wanita tadi melihat jauh ke lusuk hatinya.


Maka satu ketika,hati wanita itu dapat berbicara dengan hati lelaki itu.


Hati Wanita: Kenapa? Kenapa kamu selalu mempermainkan tuanku? Tidak cukup baikkah dia?


Hati Lelaki: Bukan. Kerana Tuan ku mempunyai keinginan. keegoan. Kejantanan yang harus ditunjukkan.


Hati Wanita: Berbezakah Tuan aku dengan wanita lain?


Hati lelaki: Ya,dr fizikalnya kamu memang kurang. Tapi dr cara percakapanmu,cara kamu melayani kerenah tuanku,cara kau cuba mengenal aku sbelum mengenal tuanku,itu yang membezakan kamu.


Hati wanita: Jadi,kenapa tak pernah memahami aku wahai hati?


Hati lelaki: Kau ingin memaksa aku?


Hati Wanita: Tidak,aku hanya mahu keikhlasan kamu.


Hati Lelaki: Aku tidak bersedia.


Hati Wanita: Aku akn menunggumu.


Semakin lama hati wanita itu menunggu dan memberi ruang,semakin jauh hati lelaki menolaknya.


Agaknya kesucian cinta sudah tidak dinilai orang. Betul.


Lalu satu hari hati wanita itu mengalah dan berhenti berharap. Berhenti berdenyut. Hanya dibanjiri awan mendung dan mengeluarkan hujan dari kelopak matanya.


Dan dia bergerak perlahan lahan melambaikan tangannya kepada hati lelaki tadi.


Hati lelaki itu mula meyedari kehilangan hati wanita itu. Tapi xberjumpa. Tapi dia juga tidak kesah kerana banyak lagi wanita yang menginginkannya. Lebih cantik. Enak.


Tapi setelah puas membuakkan nafsu,sehingga yang tinggal hanya bosan,duitnya yang dibelanjakan untuk mengisi perut pendusta, baru dia pandai membezakan,yang mana tulus,yang mana luaran.


Hati wanita tidak mudah menerima lelaki,tapi bila dia sudah menerima,dia mahukan ketulusan hati lelaki itu,bukan harta,bukan muka,bukan rupa paras. Yang penting dia mahukan hati lelaki itu selalu dekat dengan hatinya sendiri. Bukan paksaan,tapi kerelaan mencintainya setulus boleh. Biar tidak sempurna,ia tetap sempurna selalu di mata seorang wanita yang betul betul mengerti apa itu cinta.


P/s: Dapat lepas baca cerita punggung Caska dan Roberto karya Tamara Geraldine.

puisi huruf besar.

Ada Penipu.


di mana?


Dibelakangku.


Buat apa?


Mentertawakanku.


Lagi?


Menipuku!


Jadi?


Pergi shaja kepadanya!


ntuk?


Mentertawakannya!


Dan?


Memeluknya kerana dia menipumu.


Kenapa?


Kerana dia sadar kamu penting untuknya,terus dia menipumu.


Atau kerna dia sadar kamu perlukannya.


Tetapi?


Jangan menipunya kembali.


Karna?


Dia akn ditipu kembali.


Karma.

celaru

Rasa nak mencarut. MENCARUTTTTTTT. ok. puas.


:)


aku dilanda air bah yang setinggi klcc dan menara kuala lumpur yang ditenggekkan bersama sehingga mencecah beberapa lapisan atmosfera dan timbul malu malu di luar permukaan bumi.


Beberapa hari ini aku dipenuhi alasan,kerja,stress,cinta yang xberapa nak cinta,penipuan yang terlalu mudah ditangkap mata aku yang teliti,instinct yang disahkan betul,kepenatan,kestressan membuat kerja rumah,ketidak dapatkan berlepak sakan,ke tidak dapatkan menemui syed hafeez yang jarang jarang berada di kl lagi,kebosanan menonton drama,kesakitan hati ditipu bulat bulat,kesakitan tangan dicubit,kemimpian sialan,dan keinginan untuk berlakon. Maka ambillah saya berlakon kerna bila saya berlakon teater,otak saya akn automatic KIV benda ini semua.


Trimas.


barangkali perkara yang paling menyenangkan hari ni,baca buku; Kamu sadar aku punya alasan untuk selingkuhkan,sayang? *indon* dan masih menunggu nunggu Karipap-karipap Cinta dr Syed Hafeez. Chiis,cpt la bg pinjam. :)


Kepada Dark Ray,saya memahami kamu sebenarnya cuma mulut aja enggak bisa bicara. enggak smpat. tertidur kdg2. Kalau kamu tahu apa yg betul2 terjadi,sy pasti kamu akn terus mngmbil pedang samurai.


Kepada mama, ya ya. sorry ya aku enggak sempat pergi ke supermarket membeli bahan cheesecakenya.


Jangan ita sakiti hati orang kita cintai. sb mana tahu,satu hari nanti,dia tidak akan ada untuk kita. Hargai dia semntara dia ada. Kerana munkin satu hari,dia tidak akan lagi bersabar. Bila kau bersama seseorang,fhmkn,yang kau juga meminjam orang itu dari keluarganya. Jangan hampakan mama, Papa, dan ahli keluarganya.


Tiba2.


Aku rasa cukup lah semua. Aku nak buat kerja balek. Had-i-ous-


:)


muah


Fizee: emmm dapnyaaaa.

Sunday, April 11, 2010

emm. dapnye.

ini adalah ayat baru yang timbul selepas kemunculan aaaa..yeah.

EMM...DAPPNYE.


dah tambah lagi satu dalam kamus budak aswara. haha. 


ada juga yang laen; seperti MAAALASLAAAH.


dan juga pelbagai bagai gesture yang dapat diperhatikan pada setiap pelajar aswara.


termasuklah ikon besar seperti EN AHMAD YATIM yang menjadi ikutan anak didiknya terutama Hafizee. hahaha. maen saje abg fizee. marah kena jual haa. APAHAL? HAAAAISH.. STEAM SAYA. hahaha.


Ape2 pon aswara menjanjikan hiburan berterusan. Jangan risau. Kalau diperhatikan intonasi dan projeksi budak budak vokal dan teater di dalam cafe,mampu memecahkan gelas2 dalam rak. Patutlah cafe pakai cawan plastik.


Ape2 pon,marilah sama sama kita MELANGKAH BERSAMA TRADISI.


Aku SAYANG ASWARA. :)

Saturday, April 10, 2010

Kepada SYED HAFIZ yang dah lama kata dia nak topupkan.

BILA NAK TOPUPKAN! AKU TAKDE KREDIT NI!


sorry kepada yang lain kerana tak dapat membalas msg. dan tak terangkat call sebab hari ni aku kuat tido. :)

Sajak cium lagi.

Konfrontasi hati

Ciuman bukan kucupan?  
adi apa yang kamu beri itu,apa?  
Satu pergerakkan bibirmu yang hinggap di bibir ku?  
Satu motion separa sedar yang dipengaruh emosi?  
Satu irrelevant action,seperti katamu dulu?  
Satu tindakan spontan kerana aku,dituduhmu menggodamu?  
Aku;hanya mampu memberi bibirku.  
Tidak mampu menimbulkan konklusi.  
Kerna ada saja yang mematahkan teoriku.  
Kerna aku selalu menjadi trigger.  
Aku disinonimkan dengan penyalah.  
Biar;  
Biar resah ini menjadi milikku.  
Kerana sesungguhnya mencumbu mu,  
Menciummu,  
Mengkiss kamu,  
Adalah benda yang terlalu bererti untuk ku.  
Tanpa pengetahuanmu.  

toksah.

Bila kau nak aku. kau datang. Bila tak nak,kau anggap aku tak wujud. Bila susah kau cari aku. Bila senang, kau kata aku yang tak contact kau. Kau penipu. Kau yang dulu tak pernah nak menghormati aku sebagai teman wanita kau. Naik tangan disalahkan kepada emosi. Kegatalan kau disandarkan kepada sifat semulajadi lelaki. Pemberontakan aku dibalas tamparan. Sekarang bila aku dah bukan teman wanita kau, kau buat macam macam. Argh. Tolong lah bagitahu aku apa salah aku? Tolong.


Ditujukan kepada bekas teman lelaki yang akhir akhir ini amat mengundang kemarahan.

Ini baru namanya KONFRONTASI.

Kata orang, untuk tahu kawan kita,kita tunggu masa kita susah. Yang mana tolong kita,itulah kawan. Aku ambik keputusan untuk guna hari ni nak recharge lg otak aku yang sejak 2 3 hari ni penuh dengan persoalan persahabatan


Bagi aku, memang tugas seorang sahabat untuk mengetepikan apa sahaja asal ia boleh menjaga hati sahabat. Walaupun kadang kadang perkara itu amat menyinggung hati,erti seorang sahabat itu lagi berat dari segala-galanya. Sebab dulu,aku pernah bergaduh besar dengan sahabat aku,masa aku form 2. dan aku kehilangan mereka. Tapi,sekarang,itu adalah benda paling jauh yang aku nak. Aku nak semua orang yang ada dekat dengan aku,duduk diam diam. Jangan pergi mana mana. Tunggu aku.


Selamat masa gawat ni, aku ditemani abang AP. Dia memang selalu ada saat aku memerlukan kata kata semangat dulu. Bak kata abang aku, abg AP senior tahun 3 aku, gaduh dengan sahabat lagi sakit dari gaduh dengan teman lelaki/perempuan. Betul, bagi aku. Sebab sakitnya sampai dalam. Sakitnya sampai aku rasa aku hampir mati. Sakitnya menyakinkan aku yang malaikat maut dah hampir sampai. terus aku edarkan maaf kepada semua sahabatku kerana aku bimbang aku benar benar akan pergi.


Aku nak ambil kesempatan ini untuk bagitahu semua sahabat aku, aku ikhlas atas persahabatan aku denagn korang. Mungkin ada yang tak dapat nak terima keikhlasan aku ni,tapi sememangnya aku menghargai korang. Aku bukan buat buat baik macam aku tau ada yang cakap. Dan aku bukan hipokrit. Aku akui aku agak emosi masa itu,tp aku tak pernah keluarkan kata kata kesat terhadap sahabat aku kerna aku tau,semua orang ada perasaan dan hati sendiri. Aku sebolehnya harus marah kerana aku tidak difahami. Aku memang jenis yang diam. Aku takkan cakap kalau aku tak puas hati. Dan aku bukan jenis yang menyindir secara terbuka. Jadi kalau ada yang menyindir aku,aku diamkan saja. Atau aku kuarkan perasaan aku melalui tangisan. Aku tak nak keluarkan melalui kata lata sebab kadang kadang sebab emosi kita cenderung mengatakan benda yang tak sepatutnya.


Aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada beberapa insan yang selalu ada dengan aku semasa aku emotionally unstable. Aku sayang korang. I sayang u. Gua sayang lu. Semua lah.


TERIMA KASIH.

Monday, April 5, 2010

pemikiran di masa terdesak.

Ha. Hello KL panas


Aku baru sahaja menjejakkan kaki ke KL yang panas ni balek pada pukul 2.20. Masuk kelas lambat. Cuba mengcontrol kegabraan dengan senyum lebar namun di sapa dengan nada nada memberansangkan dari kawan kawan aku tentang kasut nike aku yang selalunya aku letakkan di atas wardrobe paling tinggi sebagai trofi. Bukannya menyapa aku. cheh. kawan kawan. 


Ok. So masa aku kat Genting,macam macam jadi. Bermula dengan kami dapat 2 bilik, yang setiap satunya ada 2 katil dengan harga yang amat murah,rm 100 satu bilik. Tu pon dapat dari Ah Soh yang jual bilik dia. Selamatla kami berempat. Tapi kalau berlima lagi bagus. :) sorry xdapat bawak sbb ticket ABP ada 4 je. 


Macam menjadi lumrah Genting la,pergy mesty la kne main theme park. Tp malangnya Space Shot tutup. Plus,masa kami pergi tuh hujan renyai renyai. Jadi kabus yang menyapa pon tak teragak menghadkan penglihatan kami sejauh beberapa ratus meter sahaja. Sejuk jangan cakap la. Mulanya nak bergaya,last last aku pakai jugak coat abang aku. cheh. agaknya minah minah yang pakai shorts ala hawaii tu tak sejuk agaknya. Atas punya la tebal macam kat kutub,bawak macam kat hawaii. hadoi. Kadang kadang kaki bawah tu menjerit jerit nak ditutup. berlipat lipat. Geli pon ada,setakat tengok aja yang mampu.


Masa aku naik roller coaster tuh,aku dapat rasakan jantung aku dah memang secara harfiahnya sudah dilempar jauh jauh. Kecut semua urat. Masa benda tuh nak berpusing 360 degree,aku hanya mampu menjerit. Pelbagai ayat juga keluar,seperti;



  • sape lah yang invent benda bangang ni!
  • Iqa nak turun!
  • Maaaaaaaaak!
  • Holy crap im gonna die!
  • Bila nak habis benda ni!
tapi bila dah nak sampai,aku buat buat cool dengan menjerit,"alaaaaa. da habis daaa? Xpuas!"

itu baru namanya,HIPOKRIT. haha.

senang citer. i had a gr8 time; free foods. free entertainment. free aircond.

tapi sepanas panas kl pon,aku rasa happy aku dapat balek kl. sbb ada benda kat kl ni yang lagi best dr genting tuh. haha. nite korang. anti aku cerr lagi. part II ABP. esok exam. na tido awal.

Saturday, April 3, 2010

nak pergy genting.

hello world. sebelum tu,aku tertarik dengan font font bloggers lain yang BESAR. kecik. BESAR. kecik. macam lawa jugak rasanya. mungkin akan start gunakan. tp next time lah. malas nak menyusahkan diri. 


haha. anyway. harini aku suppose pegy tgk ABP kat Genting. so,kami yang terdiri drpd beberapa hopefull butts; 


ATIQAH BINTI ABU BAKAR, 
ASYRAF BIN ABU BAKAR,
AZIDA BINTI ABU BAKAR 
HUZAIRY AZLAN (BF MY SIS)


akan pegy ke genting pada katanya tepat 10,tp skarang rasanya aku sorang je yg da siap. haish. janji melayu.


selepas puas mencarikan baju untuk kakak aku yang sememangnya susah,hampir 30 minit cr baju dia. aku cr baju aku 5 minit je. pelik jugak sbb baju aku yang menimbun nimbun persis bundle shah alam tu seakan-akan tau aku memerlukan mereka. bagus baju. sayang anak mak. :)


sebenornye,rasa macam tanak pegy. yelah,terpakse tinggal kereta kat aswara. kang ada ape2 jd,risau jugak. dah la mama bg rm 30 je. hehe. salah aku jugak sbb minggu ni,hari2 aku guna rm50. takke pokai mama. asal pegi ngan klong xpe,dia bg full set. makan. ticket. hotel,sumer free. cuma saguhati je bli sendiri. :D sbb tu keluar ngan keluarga lg senang,xpyh kuar duit. 


jadi,sebelum aku pergi menyejukkan diri di sana,aku nak cakap,BYE BYE KL YANG PANAS!


nyehe. aku suka. 


maaf sebelum ni otak telah di set ke mode sajak. dan maaf kalau di dalam blog aku bersikap open. kalau kat luar,mungkin half-open kot. haha. dalam erti kata remaja, CHIOW!