Tuesday, April 27, 2010

penat

Bekerja sekarang untuk masa depan,atau secara kasarnya,i wanna work my ass now so that later people have to work their ass off,for me. hehe.


lately aku teramat busy. dengan membuat set. membuat rekaan set. menghafal dialog. membuat script kelas drama radio. menguruskan produksi senior. membuat poster. membuat cakes. arghh. busy terokkk punya.


tapi yang paling sakit adalah apabila ada orang masuk hospital sbb denggi. cis nyamuk tu. slamat dia da keluar hospital,kalau x,lagi susah. btw,aku amat mempunyai emosi yang pelbagai mengenai cinta sampai kadang2 aku asyik senyum @ menagis dalam masa yang sama.


eceh.


penat sbenarnye ni. aku mengarut je. 


nanti tulis balik.


byeee.

Thursday, April 22, 2010

cinta bodoh. harapan.

cinta tapi x bersedia sebab masih teringat lepas.


Mau cinta tapi rasa diri masih muda,masih mahu pergi ke pasar mencari calon.


Sudah bersedia bercinta,tapi tak ada calon mama papa.


Sudah bersedia,tapi di tangguh oleh kekasih hati kerana dia pulak tak bersedia.


Nak bercinta tapi tak nak yang harfiah saja.


Ahhhhh. macam macam alasan lah kalau nak cakap pasal cinta.


Tu x cakap lagi yang kepala batu nak kacau orang lain punya.


Yang tak sanggup tgk bf/gf orang yang dia kacau tu tapi terang2an bercerita sesama sendiri sambil dihidu tajam oleh orang lain.


Tak segan silu.


Tak ada maruah dan pendirian.


Tapi sememangnya manusia lemah tidak boleh menghalang perasaan syaitan mereka. 


aku, bosan.


sebab aku selalu mengharap benda itu akan jadi. 


tapi x jadi. kadang2 aku yang memilih.


Tak nak,tapi orang yang aku pilih kadang2 xnak.


Ntah lah.


Dia saja cepat lah sape2 masuk meminang,xpening kepala.


Btw,En Ahmad Yatim ckp nk aku berlakon Hamlet sem depan. Bagus. :)

Denggi.

Serabut. ASWARA dilanda demam denggi. Kami yang tidak kena pon rasa nak dmm tgk semua orang dmm. Tak pon mati keracunan disembur ubat nyamuk *dalam bahasa canggihnya,Fogging*. Hampir kembang kuncup lubang hidung kerana menyangka diri berada di London,ataupun Paris kerana kabus itu seperti salji. Sempat jugak bermain perang2,tapi diberhentikan kerana hampir terjatuh kerana "salji" terlalu tebal dan rambut sudah berbau hangus. :)


Jadi,berwaspadalah kamu terhadap nyamuk. Kerana saya tidak mahu terjatuh lagi. Dan rambut saya adalah aset besar saya. 


-untuk yang dmm,aku dah cuba yang habis baik ntuk membntuyang x,maaf-

Saturday, April 17, 2010

Aku bukan tuhan


Lagu harini; Damein Rice- Cant take my eyes off you

Looking back, aku rasa marah sbb dulu,aku tak pergunakan semua peluang aku ada. Aku biarkan peluang tu pergi. Aku terlalu baik. Aku bg PILIHAN kat orang dengan menutup PILIHAN aku sendiri.
Kau ni TUHAN ke ATIQAH?” itu persoalan yang aku pernah dapat dr kawan baik aku,menyedarkan aku yang aku xsemestinya jadi saint kepada sumer orang yang aku care about.
Kadang-kadang  rasanya tak salah menjadi hipokrit sakit kan hati orang lain untuk bg satu layer protection kat hati perempuan yang nipis macam kulit bawang ni.
Tapi; bear in mind, “What goes around, comes around”.

Cerita hati

Lelaki itu sinonimnya dengan peragut hati wanita. Ada saja katanya yang mampu meragut kebahagiaan hati. keamanan jiwa. Tidak lelap matanya jika tidak dipenuhi wanita. Dia tidak tahu antara semua wanita itu,ada satu yang benar benar mencintai dia,yang menangis untuknya,yang mahukan dia berubah kerana hatinya sudah diragut.


Tapi yang lainnya hanya mahukan nama lelaki itu. Prestasinya. Sifat luarannya yang menjadikan dia dipuja disanjung tinggi. Sedangkan wanita tadi melihat jauh ke lusuk hatinya.


Maka satu ketika,hati wanita itu dapat berbicara dengan hati lelaki itu.


Hati Wanita: Kenapa? Kenapa kamu selalu mempermainkan tuanku? Tidak cukup baikkah dia?


Hati Lelaki: Bukan. Kerana Tuan ku mempunyai keinginan. keegoan. Kejantanan yang harus ditunjukkan.


Hati Wanita: Berbezakah Tuan aku dengan wanita lain?


Hati lelaki: Ya,dr fizikalnya kamu memang kurang. Tapi dr cara percakapanmu,cara kamu melayani kerenah tuanku,cara kau cuba mengenal aku sbelum mengenal tuanku,itu yang membezakan kamu.


Hati wanita: Jadi,kenapa tak pernah memahami aku wahai hati?


Hati lelaki: Kau ingin memaksa aku?


Hati Wanita: Tidak,aku hanya mahu keikhlasan kamu.


Hati Lelaki: Aku tidak bersedia.


Hati Wanita: Aku akn menunggumu.


Semakin lama hati wanita itu menunggu dan memberi ruang,semakin jauh hati lelaki menolaknya.


Agaknya kesucian cinta sudah tidak dinilai orang. Betul.


Lalu satu hari hati wanita itu mengalah dan berhenti berharap. Berhenti berdenyut. Hanya dibanjiri awan mendung dan mengeluarkan hujan dari kelopak matanya.


Dan dia bergerak perlahan lahan melambaikan tangannya kepada hati lelaki tadi.


Hati lelaki itu mula meyedari kehilangan hati wanita itu. Tapi xberjumpa. Tapi dia juga tidak kesah kerana banyak lagi wanita yang menginginkannya. Lebih cantik. Enak.


Tapi setelah puas membuakkan nafsu,sehingga yang tinggal hanya bosan,duitnya yang dibelanjakan untuk mengisi perut pendusta, baru dia pandai membezakan,yang mana tulus,yang mana luaran.


Hati wanita tidak mudah menerima lelaki,tapi bila dia sudah menerima,dia mahukan ketulusan hati lelaki itu,bukan harta,bukan muka,bukan rupa paras. Yang penting dia mahukan hati lelaki itu selalu dekat dengan hatinya sendiri. Bukan paksaan,tapi kerelaan mencintainya setulus boleh. Biar tidak sempurna,ia tetap sempurna selalu di mata seorang wanita yang betul betul mengerti apa itu cinta.


P/s: Dapat lepas baca cerita punggung Caska dan Roberto karya Tamara Geraldine.

puisi huruf besar.

Ada Penipu.


di mana?


Dibelakangku.


Buat apa?


Mentertawakanku.


Lagi?


Menipuku!


Jadi?


Pergi shaja kepadanya!


ntuk?


Mentertawakannya!


Dan?


Memeluknya kerana dia menipumu.


Kenapa?


Kerana dia sadar kamu penting untuknya,terus dia menipumu.


Atau kerna dia sadar kamu perlukannya.


Tetapi?


Jangan menipunya kembali.


Karna?


Dia akn ditipu kembali.


Karma.

celaru

Rasa nak mencarut. MENCARUTTTTTTT. ok. puas.


:)


aku dilanda air bah yang setinggi klcc dan menara kuala lumpur yang ditenggekkan bersama sehingga mencecah beberapa lapisan atmosfera dan timbul malu malu di luar permukaan bumi.


Beberapa hari ini aku dipenuhi alasan,kerja,stress,cinta yang xberapa nak cinta,penipuan yang terlalu mudah ditangkap mata aku yang teliti,instinct yang disahkan betul,kepenatan,kestressan membuat kerja rumah,ketidak dapatkan berlepak sakan,ke tidak dapatkan menemui syed hafeez yang jarang jarang berada di kl lagi,kebosanan menonton drama,kesakitan hati ditipu bulat bulat,kesakitan tangan dicubit,kemimpian sialan,dan keinginan untuk berlakon. Maka ambillah saya berlakon kerna bila saya berlakon teater,otak saya akn automatic KIV benda ini semua.


Trimas.


barangkali perkara yang paling menyenangkan hari ni,baca buku; Kamu sadar aku punya alasan untuk selingkuhkan,sayang? *indon* dan masih menunggu nunggu Karipap-karipap Cinta dr Syed Hafeez. Chiis,cpt la bg pinjam. :)


Kepada Dark Ray,saya memahami kamu sebenarnya cuma mulut aja enggak bisa bicara. enggak smpat. tertidur kdg2. Kalau kamu tahu apa yg betul2 terjadi,sy pasti kamu akn terus mngmbil pedang samurai.


Kepada mama, ya ya. sorry ya aku enggak sempat pergi ke supermarket membeli bahan cheesecakenya.


Jangan ita sakiti hati orang kita cintai. sb mana tahu,satu hari nanti,dia tidak akan ada untuk kita. Hargai dia semntara dia ada. Kerana munkin satu hari,dia tidak akan lagi bersabar. Bila kau bersama seseorang,fhmkn,yang kau juga meminjam orang itu dari keluarganya. Jangan hampakan mama, Papa, dan ahli keluarganya.


Tiba2.


Aku rasa cukup lah semua. Aku nak buat kerja balek. Had-i-ous-


:)


muah


Fizee: emmm dapnyaaaa.