Sunday, September 2, 2012

The Moment Of Destiny.


this is my one and only baby. my own script. feel free to explore, and try if u can handle it.-Atiqah Abu Bakar

THE MOMENT OF DESTINY 


Lelaki

Hai.. Sorang je?

Perempuan

(diam)

Lelaki

Helo? Sombongnya. Perasan cantik agaknya? Ke pekak?

Perempuan

Saya tak pekak. Saya tahu awak bercakap dengan saya. Lagipun bukannya ada orang lain kat sini.

Lelaki

Jadi, kenapa tak jawab tadi? Kenapa buat tak tahu je?

Perempuan

Salah ke? Atau memang wajib kena jawab?

Lelaki

Huh. Perempuan. Biasalah.

Perempuan

Perempuan? Saya tak kacau awak kan? Saya salah sebab saya perempuan? Ataupun saya salah sebab ‘tak kacau’ awak?

Lelaki

Bukan.. Saya tegur awak baik-baik tapi awak tak layan. Biasalah perempuan macam tu. Orang tegur ikhlas dia buat tak layan. Yang dilayannya orang yang ada niat jahat biasanya.

Perempuan

(smirk) Huh. Lelaki.

Lelaki

Apa?


Perempuan

Lelaki! Lelaki memang macam tu.

Lelaki

Macam mana tu?

Perempuan

Lelaki kalau dah tak dapat sesuatu, memang ada je dia nak salahkan orang lain. Dalam kes ni, awak nak salahkan saya sebab tak dapat bercakap dengan saya. Lepas tu nak bercakap kasar pula. Eish, sedarlah sikit diri awak tu siapa! (pause) Maaf. Saya PMS.

Lelaki

Hmm.

Perempuan

Saya tak patut marah awak macam tu.

Lelaki

Biasalah. Alasan cliché. PMS.

Perempuan

Jadi awak masih marah lagi laa ni?

Lelaki

Saya tak cakap saya marah awak. Saya respect privacy awak, macam ceramah awak tadi. Mungkin lepas ni awak boleh jadi wakil kampung saya dalam pertandingan debat peringkat kebangsaan ke?



Perempuan

Maaf. Saya.. tak suka bercakap dengan orang saya tak kenal.

Lelaki

Kenapa? Takut? Takut kena tangkap ke, kena culik, kena bunuh?  Ke sebab teringat pesan mak masa kecil-kecil?

Perempuan

Bukan. Sebab secara logiknya, kalau kenal pun akan selalu ada masalah, inikan lagi bila tak kenal. Betul tak?

Lelaki

Jadi awak ada masalah dengan lelaki? (pause) Cerita lah. Kalau sudi. Mana tahu, mungkin saya boleh tolong? Ok, mungkin tak boleh tolong, tapi untuk pengetahuan awak, saya adalah seorang pendengar yang sangat baik.  (pause) Hello? Dah mula pekak balik ke?

Perempuan

Saya memang ada masalah dengan lelaki. Ya.


( scene change)


Lelaki

Bila dapat tahu?

Perempuan

Petang tadi, lepas mandi.

Lelaki

Siapa lagi yang tahu?

Perempuan

Awak sorang je. (pause) Kenapa diam?


Lelaki

Entahlah. Bagi saya fikir jap. (pause) Buang.

Perempuan

Haa?

Lelaki

Kenapa? Takkan awak nak simpan?

Perempuan

Kenapa tak boleh? Bukan awak cakap awak nak sehidup semati dengan saya?

Lelaki

Yelah, tapi bukan sekarang.

Perempuan

Saya takut.

Lelaki

Awak boleh buat, awak kuat.

Perempuan

Saya tak cukup duit.

Lelaki

Saya bayarkan.

Perempuan

Saya sayang dia.


Lelaki

Tak boleh. Awak kan dah ada saya.

Perempuan

Tapi..

Lelaki

Shhh. Awak kena kuatkan diri awak. Ini untuk kita. Kan? Terpaksalah… Takkan..

Perempuan

Tapi..Tapi.. Awak kena janji, awak takkan pergi dari saya. Ini pengikat kita.

Lelaki

Saya janji. Shhh…


(scene’s change)


Lelaki

Apa masalahnya?

Perempuan

Semua lelaki sama. Sebab awak lelaki, awak boleh buat apa saja. Just because you are a guy.

Lelaki

Awak tak boleh cakap macam tu. Tak semua sama.


Perempuan

Buktinya?



Lelaki

Cuba fikirkan. Kadang-kadang Tuhan akan ambil emas dari genggaman kita, untuk Dia letakkan berlian pula.

Perempuan

Tapi macam mana kalau kita dah terlalu sayangkan emas tu?

Lelaki

Kita tak boleh nak lawan kuasa tuhan. Walaupun kita sayangkan sesuatu tapi awak kena tahu, tak ada satu benda pun yang kekal dalam dunia ni kecuali Tuhan. Dan kita kena doalah, supaya bila Dia ambil emas tu, Dia letak yang lagi bernilai, bukan zhulian ke apa.

Perempuan

Ok, kalau awak cintakan orang tu, sanggup awak tunggu dia?

Lelaki

Sanggup!

Perempuan

Walaupun dia ada kanser ke, barah otak ke?

Lelaki

Sanggup!

Perempuan

Hampir mati?

Lelaki

Sanggup! Kenapa nak takut mati? Mati itu pasti! Kalau dia mati sekalipun, saya akan tunggu dia.

Perempuan

Awak akan percayakan dia walau apa orang kata?

Lelaki

Pasti! Nama awak?

Perempuan

Takdir.




(Terbangun dari tidur. Masih dalam tren sama)

Perempuan

Ehem. Ehhhhhhheeeem.

Lelaki

Ehh maaf maaf. Teruk sangat ke gaya saya tidur? Maaflah.. Saya penat betul tadi, tak sedar dah tertii..

(tengok perempuan yang sama)

Perempuan

Tak apa. Biasalah. Saya pun selalu tertidur gak.

Lelaki

Nasib baik saya tak mengigau. Mak saya kata kalau saya mengigau habis segala macam silat keluar. Silap-silap masuk ICU awak kena belasah.

Perempuan

(ketawa) –dengan ikhlas. Kalau rasa tak kelakar masa atas pentas, jangan paksa untuk ketawa.

Lelaki

Muka awak familiar lah.

Perempuan

Oh, awak ternampak saya kat mana-mana kot. Saya hari-hari naik tren ni.

Lelaki

Ohh, mungkin. (pause)Saya Fitri.


Perempuan

Emm.  Wani.

*shake hand, wander into space, tiket terjatuh

(light change)

Perempuan

Saya tak buat.

Lelaki

Tapi saya dah dengar ada orang nampak awak berdua dengan dia!

Perempuan

Ya Allah, awak dengar dari siapa?

Lelaki

Awak jangan buat-buat tak tahu!

Perempuan

Saya tak pernah abang. Sumpah. Saya tak pernah keluar dengan sesiapa. Kalau saya keluar saya akan bagi tahu.

Lelaki

Ahhh, awak dah pandai menipu saya kan? Awak jangan lupa, saya ni suami awak. Saya ada hak nak ajar isteri saya yang terajar ni!

Perempuan

Awak tak percayakan saya?

Lelaki

Ah, perempuan semua sama saja. Awak pun tak terkecuali! Gatal! Tak sedar yang diri tu dah ada suami!

Perempuan

Abang! Sampai hati abang!

(tumbuk dada lelaki,mengamuk)

Suami

Kurang ajar!

Perempuan

Ahhhhhhh…

(bergelut dan fade)

Lelaki

Sayang, abang mintak maaf. Abang tak sengaja.

Perempuan

Tak apa abang, mungkin ini lah takdir.

Lelaki

Tak tak. Jangan pergi sayang. Jangan pergi.

Perempuan

Abang, saya.. saya tak pernah! Sumpah, saya tak pernah keluar dengan sesiapa pun kecuali abang semenjak kita jumpa,sampai sekarang.

Lelaki

Ya, abang tahu.

Perempuan

Abang, saya percayakan abang. Maaf, mungkin saya tak dapat teman abang seumur hidup abang. Tuhan ambil saya dari abang untuk letakkan orang yang lagi bagus untuk abang. Mungkin orang yang boleh jaga abang lebih baik dari saya.

Lelaki

Shhhh. Sayang. Tolong jangan pergi. Sayang. Sayang!!!!


(light change)


Lelaki

Awak? Tiket awak terjatuh. Ni, terlepas tadi ni.


(ambik tiket dan stare kat lelaki tu dengan muka confuse)


Lelaki

Hmm?

Perempuan

Awak..?

Lelaki

Ya?

(pandang each other and off)


THE TAMAT

The destiny moment

Pernah x korang bermimpi pasal future? Mostly all of our dreams yg mcm tu will turn up hazy bila kita bgn, jadi kita x igt ape kita mimpi. Ada org ckp, tu roh yang berjalan. Ada org ckp, tu msg Tuhan. Ada orang cakap, tu petunjuk. What if aku cakap, aku da pernah mimpi pasal kiamat 4 kali seumur hidup aku. Semua lain-lain version. Its scary, yes. So here's a poem dedicated to that.

Gelap
Terlalu gelap 
sehingga memaksa aku membulatkan mata

Takut
Terlalu takut
sehingga menitis keringat dingin
yang seolah tidak mengalir
beku dan kaku
bagai ais yang enggan cair
hatta diletak di tengah kemarau

Bersalah
Berputar ligat memikir
Apa itu yang sepatutnya
atau tidak?
Apa cukup?
Apa benar?

Dosa..
Ya. Dosa.
Terlalu banyak dirasakan yang perlu dibuang
Tidak tertanggung beban dada kalau dufukir
Makanya harus ke mana aku dicampak selepas ini?
Aku tidak ingin mati.
Aku memang tidak bersedia pun untuk mati.
Aku tidak boleh mati sekarang,
kerana kalau ia terjadi, 
matilah aku.




Fate Vs. Needs

Dua jalan.
Dua orang.
Dua cerita.
Dua warna.

Dunia kejam.
Atau aku kejam?
Atau aku dikejam?
Sebab jalan-jalan ni muncul tanpa signal.
Sama macam jalan-jalan kat kl.

Kalau tutup mata, 
aku accident.
Kalau buka mata, 
aku confuse.
Kalau lah jalan hidup ni ada gps,
Xsusah aku nk ke platform seterusnya.

Aku manusia yang tak boleh memilih.
Sebab aku akan memilih yang salah; selalunya.
Dengan kajian setebal kamus pon selalunya aku akan salah.
Jadi dengan ini, aku menutup kamus-lamus lama.
Dan hanya berpandukan bintang.
Dan bulan.
Dan matahari.
Dan Dia.
Untuk tentukan jalan aku.

"Adalah yang masih hidup, bukan yang telah pergi, yang menentukan keabadian.. Kita mati selama-lamanya.." Antigone.

Monday, January 31, 2011

2011 dahh.

Wow. Lama betul aku xdpt on9. So aku nak pro pro promote 1st production kitorang kat luar. 


PeTer @ disebut dengan sebutan Pe-Tir. Akan membuat projek Retak, teater yang akan dipentaskan di DBPpada bulan ni, lepas Chinese New Year, 11, 12 & 13 Feb. So untuk couple couple patut cuba tengok sbb theme dia "cinton". So esoknye kalau ada yang berjiwa kebaratan, boleh lagi celeb Valentines day atau hari kekasih. 


So kalau free 2 bukak-bukak la blog ni untuk keterangan lanjut.


http://penggerakteater.blogspot.com/


TQ

Tuesday, September 7, 2010

sajak "Aku"

Maksud aku dalam aku

Aku senyum tak bermakna aku gembira
Aku menangis tak bermakna aku sedih
Aku diam tak bermakna aku lemah
Aku benci tak bermakna aku sayang.

Jadi aku adalah aku
yang kau takkan pernah tahu
Aku yang selalu mengharapkan kau
menyelami aku
Namun kau masih kau
yang tak terdaya menjadi aku.

Jadi aku akan terus menjadi aku
dan mengharap kau yang lain datang
agar aku tak menjadi kau
yang tidak pernah memahami aku
dan kehilangan aku.

P/S; boleh faham x?

comeback.

Hye semua. Selamat hari raya.

Huh. Da lama tak tulis sajak. Busy sgt dengan konfrontasi2 yang baru dapat diselesaikan. Sekrang tengah dalam proses akhir siapkan skrip untuk pementasan ekspressi kat aswara. Ceh, sendiri tulis sendiri berlakon. Tak malu.

So sajak ni aku jumpa dalam notebook. Sajak ni sbenorye aku tujukan kat kawan aku yang sedang nak bercintan tapi tak kesampaian. But sajak ni, memang untuk yang benar-benar pernah merasakan,apa itu cinta. Baru rohnya dapat dirasakan. enjoy.

Jauh

Kerlingan mata itu
Senyuman manja itu
Alunan rambut itu
Masih di situ..
Masih berputik mekar..
Masih bukan milikku.

Ku sangka kau dengar
mesejku kepada angin.
Ku kira kau mengerti
senyuman mataku yang bersinar
menghamburkan kod morse untuk kau pecahkan.

Tapi..

Jika ku mampu
Akan ku kepul-kepulkan awan
Akan ku ikat pada tali
Tambatkan ia di bumi
menjadi payung untukmu.

Jika ku mampu
Akan ku tarik pelangi lebar
Hamparkannya atas padang menghijau
Dan jadikan ia jalan ke mahligai
yang aku bina menggunakan
butir-butir pasir halus yang ku susun
satu per satu
Tersergam gah,
seGah dirimu.

Namun,

Aku hanya mampu melihatnya dari jauh
Aku hanya mampu mencuri jelingannya
yang memberi seribu ketenangan bagiku
yang sunyi ini.
akan ku tunggumu
selalu!
Sehingga kau memandang ke sini,
sehingga aku mampu menatap wajahmu
selama-lamanya..

Aku mengharapkan mu, cinta.

dia.

banyak yang dah berubah sejak semenjak dua ni.

banyak langkah yang aku decide nak skip, sebelum aku tekan itu enter button.

aku rasa, bersalah, mainly.

but sometimes harsh decision is good.

alhamdulillah, i finally open my eyes to see a bigger picture.

aku nak dia tahu, yang walaupun ini keputusan aku, aku tetap tak akan pernah melupankan dia.

tak akan.

whatever happened, happened.

yang baik, yg manis, everything, masih segar dalam ingatan aku.

tipu lah kalau aku cakap aku dah get over dia.

sbb dia, everything untuk aku for the last almost a year.

and i love his family damn much. and vise versa.

but its too late to change anything.

it happened.

thanks for all the memories.

trust me, i dont hate u.

and i really want it to be like it used to be.

no childish action.

tak nak ckp belakang.

tak nak lari2.

but if itu keputusan dia, aku terima.

asalkan dia gembira.

because after what happened, he deserve it.