Sunday, September 2, 2012

The destiny moment

Pernah x korang bermimpi pasal future? Mostly all of our dreams yg mcm tu will turn up hazy bila kita bgn, jadi kita x igt ape kita mimpi. Ada org ckp, tu roh yang berjalan. Ada org ckp, tu msg Tuhan. Ada orang cakap, tu petunjuk. What if aku cakap, aku da pernah mimpi pasal kiamat 4 kali seumur hidup aku. Semua lain-lain version. Its scary, yes. So here's a poem dedicated to that.

Gelap
Terlalu gelap 
sehingga memaksa aku membulatkan mata

Takut
Terlalu takut
sehingga menitis keringat dingin
yang seolah tidak mengalir
beku dan kaku
bagai ais yang enggan cair
hatta diletak di tengah kemarau

Bersalah
Berputar ligat memikir
Apa itu yang sepatutnya
atau tidak?
Apa cukup?
Apa benar?

Dosa..
Ya. Dosa.
Terlalu banyak dirasakan yang perlu dibuang
Tidak tertanggung beban dada kalau dufukir
Makanya harus ke mana aku dicampak selepas ini?
Aku tidak ingin mati.
Aku memang tidak bersedia pun untuk mati.
Aku tidak boleh mati sekarang,
kerana kalau ia terjadi, 
matilah aku.




No comments:

Post a Comment