Wednesday, March 31, 2010

luahan mengantuk

Masa kelas yang sama,aku rasa terganggu dengan teman aku yang kelihatan resah gelisah di sebelah. Nama nya dirahsiakan. Mcm tu lah penangan cinta yang tak kesampaian. Jadi poem ni aku buat untuk si dia kepada si dia yang tak termiliki itu. dan untuk sesiapa yang mungkin masih berharap macam aku. 


Nama poem ni; KECEWA


Kerlingan mata itu
Senyuman manja itu,
Alunan rambut lebat itu,
Masih di situ.
Masih berputik mekar.
Masih bukan milikku.


Ku sangka kau dengar
mesejku pada angin.
Ku kira kau mengerti
senyuman mataku.


Tapi malang..


Jika aku mampu
akan ku kepul kepulkan awan,
Akan ku ikat pada tali
dan jadikan ia payung untukmu.


Jika aku mampu,
Akan ku tarik pelangi lebar
Hamparkannya atas padang menghijau,
Dan jadikannya jalan ke mahligai
yang aku bina menggunakan
butir butir pasir yang kususun
tersergam gah.
Se Gah kamu.


Namun aku
Hanya mampu melihatnya dari jauh.
Aku hanya mampu mencuri jelingannya
Yang memberi ketenangan kepada ku 
yang sunyi ini...


akan ku tunggu mu.


selalu.







gumpalan sajak.

Masa kelas bm last week, aku berasa amat bosan dan dalam masa 30 min,aku dah berjaya membuat beberapa master piece yang kualitinya kalau dihitung,amat menarik. zz. :) masa tu pon aku tgh semacam frust menonggeng,jadi luahan idea yang turun adalah berdasarkan frust menonggeng jugak lah kirenye. 


here goes:


Tajuk poem ni; HANCUR


Kau robek hatiku
Kau baling kepada bajingan.


Bajingan menggonggong hatiku.


Kau robek jantungku
Kau carik-carik keluar darahnya
Lalu kempis ia tidak bernyawa


Lepas puas bermain,
Kau panggil bajingan sialmu
yang membawa keping keping hancur hatiku.
Kau tiup jantungku dengan udara
agar nampak bernyawa.


Kemudian.
Kau robek kembali dadaku
Humban hatiku dan jantungku.
dan mengharap aku hidup kembali.


seceria dahulu. 
sehidup dahulu.


kau.


kau.


kau.


"STUPID BASTARD"!

Sunday, March 14, 2010

luahan hati si pemalas buat kerja.

Tak ada idea pulak dtg menjengah masa ni. tangan dah pgg pensil yang dah ditajamkan mata karbon nya. walaupun dulu skill ni hanya satu makanan ringan masa aku belajar architecture yang harganya sangat mencekik darah singga menusuk ke tulang som som,kini aku kehilangan spice nya. argh. rekaan set. 70an. penat lah. nak fikir..*malas sebenarnya* nak keluar. *malas lagi sebenarnya*. nak capai hp pon jauh. *10 langkah je*. sebaik laptop ada menyanyikan lagu lagu british. *motif?*aku terpaksa on9 *alasan*. wei diamlah akal. jangan ckp boleh x? *sorry bos.* ok. so aku skang ni memerlukan lagi 2 tangan untuk tolong urut bahu aku yang kejung ni. zzzz. nampaknya xboleh kuar makan bakso mlm ni. kerja. kerja...

Saturday, March 13, 2010

perasaan.

Ingin.


Aku nak mengingin. Ingin sesuatu yang pasti. Tp bila dah jadi pasti,tiba tiba tak pasti pulak. Bila dah ada sesuatu yang mungkin pasti,muncul sesuatu yang lebih pasti. Tapi untuk menjadikan benda tu teramat pasti,aku kena memastikan super duper bahawa benda tu betul. 


Tunggu.


Aku dah lama menunggu. Bila aku dah dapat apa aku tunggu,aku tunggu dia tunggu aku. Tapi kadang kadang aku menunggu benda yang tak nak pon di tunggu. Kadang kadang aku rimas dan lemas ditunggu orang yang aku tak mahu tunggu. Tapi aku suka menunggu. Sebab aku tau dia akan datang pada yang tunggu.


Sepi.


Sepi disaat aku berfikir. Yang aku ini sebenarnya sepi pada hati. Kadang kadang kawan hanya kawan. Kekasih hanya menganggap aku kawan atau kawan itu aku anggap kekasih. tepuk sebelah tangan. kawan yang kawan baik lain dari kawan biasa. Tapi kadang kadang dari kawan yang berlainan otaknya,aku masih boleh sepi. Duduk depan mereka, tapi fikiran melayang ntah ke mana. Minta diisi imaginasi.


Cinta


Orang bodoh saja xnak bercinta. Indah. Kepalsuan. Ambil berat. Kesatuan. Tapi cinta sejati? Tunggu saja dia datang. Mungkin dia ada,kat luar sana. kalau dah tak cinta,mulalah guna alasan logik. Ya,aku tau jodoh setiap orang dah ditetapkan. Habis,tak salah kalau kita cuba kan. Tak salah kalau kita cari. Atau,percaya.?


Cemburu


Aku cemburu pada semua orang. Kerana aku rasa otak aku kadang kadang berfikir terlau berat. Sehingga mengeluarkan mono mono dan sajak2 hampa. haha. cemburu orang kaya. Cemburu dia kawin. Cemburu kat orang yang pernah mengaku "IM UR NO 1 FAN FOREVER",lepas tu hilang kerana berkahwin dengan bekas kekasihnya dgn alasan i ada tanggungjawab kat dia. Sbb dia,aku tak percaya cinta. Soulmate yang xsoulmate. Kalau tak kasih,cakap saja. Jangan bagi aku menunggu.


fuh. dalam seminit macam macam emosi yang boleh timbul,kan? ironinya,aku masih xmenjadi gila. 
btw,anjing di kawasan tesco cheras amat prihatin.


trimass kepada orang yang memberi aku harapan untuk hidup. dan meneruskan hidup yang busuk ini. trimas.



Friday, March 12, 2010

Mesej.

Ku pohon pada bulan
agar menyuluh lorongmu.
Ku pohon pada setiap tiang lampu
di kota busuk ini
agar berkelip kod morse untukmu.
Gantikan percakapanku
menjadi simbolis untuk hatimu.

Kenapa?

Kenapa enggak bisa aku berkata?
Sepatah pertuturan pun enggak terdaya.
Kaget di buatnya.

Jadi apa tunggu lagi?

Ikat saja tangan ini,
supaya tak bisa menyentuhmu.
Jahit saja bibir ini,
supaya tidak berbunyi.

Ambil,ambil saja pisau itu.
Dan hiris saja pergelangan tangan ini.
Kerna darah merah itu
mahu dipercikkan.
Mahu dialirkan.
Mahu ditangisi.
Mau...

Apa?
Keberontakkanku tidak menganggumu?
Baik.
Beri pisau itu padaku.
Biar aku lihat darah merahmu
mengalir bersama darahku.

*bukan suicidal. cuma expressi*

Friday, March 5, 2010

Cumbu.

aku teringat
di saat aku terpandang matamu
pada hari yang muram itu.

matamu berdansa ke seluruh badanku
bersamba
irama mambo jumbo
tanpa segan
tanpa ragu
lalu membuat aku terpaku
melihatmu begitu menginginkan ku.

ingin ku bercumbu dengan mu
cumbu lembut
cumbu hangat di pipi mu
lehermu
tangan mu.

ahhhhhhhhhhhhh.
tersedar aku dari lamunan
diri mu sudah tidak kelihatan
tidak ada lagi di kedai kopi
yang harganya terlalu mahal
mataku liar mencari kelibatmu
badanku ingin didansa
namun kau..

dunia ku berpinar
hatiku meronta
marah memaki hamun nafsuku.

bodoh.

bodoh.

pergi dari sini,badan.
jangan bercanda.
pergi!

dan
bila ku pusing belakang
rupanya kau sudah di belakangku
terus mencumbuku.




Thursday, March 4, 2010

Di kejar Anjing.

Lepas dari balek shisha tadi, aku balek rumah. disebabkan management rumah yg meletakkan harga sebuah parking rm 16000, dan kepenuhan 3 parking rumah ni dgn kereta-kereta yang harganya berganda-ganda dr kancil turbo aku yang dipecah berkali-kali dan dicuri penutup anginnya yang xlogik dek akal yang waras, aku dipaksa naik bukit dgn memarking kereta di depan 7e. Mula -mula aku dikacau group anjing pertama; abg burger yang kedainya bagai xreti2 bahasa ditubuhkan secara haram di depan 7e tersebut. * maaf kalau terbaca*. anjing ini sangat xreti bahasa, kerana kalau kita cakap tak nak atau jangan kacau, masih tetap kacau. tapi selamat kerana sifat kemanusiaan dan enggan digelar anjing, aku buat buat senyum malu dan bla.

anjing kedua adalah orang yang menaiki motor dan cuba untuk berhanti di sebelah aku sewaktu memulakan pendakian bukit itu. dengan berbekalkan satu beg laptop yang berat,dan satu beg galas dan berbaju dress,aku tidak terdaya untuk menunduk dan melemparkan selipar kepada mereka. kini aku bersyukur aku tidak membaling selipar kerana kalau aku baling,aku xdpt menghadapi anjing ketiga.

anjing ketiga adalah anjing betul atau dalam bahasa Inggerisnya,"DOG". Berkaki 4,anjing ni xboleh dipegang org Islam. Anjing ni berwarna hitam dan amat besar saiznya dibandingkan dengan chi hua hua. atau shepard. atau poodle. kacukkan nya tidak jelas dan mungkin boleh sahaja digelar anjing kampung. sebelum sempat berfikir jenis anjing ni,kami bertentangan mata. kedua-duanya berfikir tentang siapa yang patut lari dahulu. akhirnya aku mengalah kerana,aku yang dikejar. dengan memakai dress,berbeg laptop,beg galas dan selipar yang hampir2 dilempar,aku berlari sekuat hari menaiki bukit. dalam 20 saat berlari,aku berhenti dan seakan-akan hero,cuba membuat gibrish atau lolongan maut menggunakan deep voice hasil ajaran Abg Rosman di aswara. tetapi anjing ini agaknya sedikit pekak,terus mengejar. aku akur dan selepas sampai di hadapan guard aku terasa kepenatan yang amat terok. anjing btol la anjing ni. patot la nama dia anjing.

agaknya,anjing yang last tu cuma nak tolong aku angkat barang kot.

selepas sampai di rumah,terdetik juga,mungkin dia kejar aku sebab aku berbau char kue tiow.

tapi aku lagi suka dikejar anjing tulen dari anjeng anjeng yang memenuhi segenap malaysia ni.

woof woof.