Saturday, February 20, 2010

Menonton Movie



Hari ni baru balek dr menonton movie. Wolfman tajuk dia. Pasti pasti dah pasal serigala. Xde elemen kejutan tajuk dia tu. Selamat tiket aku tak bayar sendiri,xrugi tido.

Dari mula saaaaaaaaampai habis cerita pasal wolf. argh. tekanan jiwa aku. dengan bantuan bunyi bunyi yang gah,ada la elemen kejutan. kalau x,aku rasa semua orang dah mula menyalak pada akhirnya.

Manusia mmg suka buat cerita binatang kan? cicakman. batman. catwoman. wolfman. gozilla. mungkin sbb dari kecik kita dah didedahkan dgn cartoon cartoon binatang macam sesame street, keluang man, barney, donald duck,mickey dan minnie mouse,scooby doo,garfield,masked rider,dan yang paling buruk,teletubbies. tapi ok sikit la dari cartoon yang aku pernah tertengok dengan bad lucknya kat rtm,pasal kacang. kacang bercakap. naek hangin aku. timbol alergic kacang. mungkin sbb tu smpai skarang aku xleh makan kacang.

ahh. pembuat filem xde idea skarang ni. kalau x komedi, horror. skarang ni,filem melayu semua pasal rempit. aku ternanti nanti apakah fenomena seterusnya..

yang pasti,aku tetap suka laskar pelangi. sampai ajal..




Friday, February 19, 2010

Mata mengantuk.

Di saat azan berkumandang di cuping telinga aku, kelopak mata atas masih degil tak mau turun bawah. Bateri Imac pon tinggal 18 %. Menjerit jerit minta di charge namun apakan daya kaki yang berfungsi ni malas nak berjalan ke bilik walau hanya 10 langkah. Tapi kalau ke shopping complex beribu ribu langkah pon sanggup.

Nak kata teruja dengan blog ni,tak sangat. Cuma aku nak tulis semua benda yang aku tgh fikir. Memandangkan medium terakhir adalah facebook nyer notes,aku x merasakan ke tidak orgasmannya kerana orang yang membacanya tidak dapat mendigest kepelikkan kata kata aku.

Harapan: orang yang membaca tak pening.

Harapan utama: Berhenti bermonolog dalaman.

Harapan terakhir: Tido sbelum pukul 8 pagi.

Oh ya. Aku nak baca novel indon lg. Sapa ada,nak pinjam?

ok. Jom tido. Jangan meroyan.